CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1694|Reply: 0

Suami Adira Suhaimi Hadir Famili Duo, Tepis Spekulasi Rumah Tangga Goyah

[Copy link]
Post time 30-10-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Kehadiran suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red pada konsert minggu ketiga Famili Duo musim tiga (FD3), malam tadi membuktikan rumah tangga mereka tidak goyah seperti dakwaan segelintir pihak.


Ahli perniagaan terbabit mengakui kehadiran menyaksikan program realiti tersebut bagi memberikan sokongan kepada isteri tercinta serta adik iparnya, Emma yang menjadi peserta
pertandingan.






"Good luck and I love you,” katanya ringkas ketika ditemubual pengacara, Izzue Islam.


Sementara itu, Adira tampak malu-malu apabila diusik Izzue dan teman gandingannya, Janna Nick.


  



Apabila diminta membalas kembali ucapan cinta kepada suami atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, penyanyi berusia 32 tahun itu hanya meminta tunggu sahaja di rumah.


Malah Adira yang bergelar isteri kedua itu turut dilihat menghormati madunya, Datin Syarifah Norshafila Hassim apabila memaklumkan ada hati perlu dijaga.


Beberapa hari lalu timbul desas-desus mengenai perkahwinan pasangan itu dikatakan bergelora gara-gara penyanyi terbabit sudah lama tidak berkongsi gambar suami dalam Instagram.


Sepanjang tempoh perkahwinan yang memasuki tahun kelapan dan dikurniakan empat cahaya mata, Adira dan Datuk Red kerap terpalit gosip keberantakan hubungan.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037508 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list