CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4519|Reply: 0

[Sabah] SESB diserahkan kepada kerajaan Sabah pada 2030

[Copy link]
Post time 23-10-2023 11:05 PM | Show all posts |Read mode

Kota Kinabalu: enyerahan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri hanya dilaksanakan selepas pelan transformasi syarikat tenaga itu selesai pada 2030.

Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata perkara itu dimaklumkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kepada pihaknya.

"Kementerian itu memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mewartakan perintah mengikut Perkara 95C serta penggantungan penguatkuasaan akta berkaitan pembekalan elektrik di Sabah berkuatkuasa pada 3 Januari 2024.

"Ia merangkumi Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447);Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610); Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725); dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, kementerian terbabit dan kerajaan negeri sudah membuat persediaan sewajarnya untuk peralihan kuasa pembekalan elektrik itu.

Katanya, antaranya, menyediakan draf enakmen bekalan elektrik Sabah dan penggantungan akta berkaitan serta melancarkan Energy Sabah Roadmap pada 19 September 2023 yang menetapkan sasaran serta hala tuju industri bekalan elektrik di negeri ini.

"Kerajaan Sabah susah mewujudkan unit tenaga negeri mengikut kawal selia pejabat ketua menteri berfungsi sebagai pengantara Energy Commission of Sabah (ECoS) dengan kerajaan negeri serta bertanggungjawab dalam penggubalan dasar dan polisi mengenai pembekalan elektrik di negeri Sabah," katanya.

Tangau berkata, kementerian berkenaan turut memaklumkan kerajaan negeri mewujudkan dan memperkukuhkan ECoS sebagai agensi kawal selia industri bekalan elektrik di Sabah.

"Sehingga Ogos 2023, ECoS sudah melaksanakan pengambilan 89 kakitangan dan mensasarkan pengambilan secara berfasa sehingga mencapai 100 kakitangan berkhidmat di ECoS.

"ECoS juga memperkukuhkan pengoperasian tadbir urus dengan menyediakan kemudahan logistik, pelantikan anggota suruhanjaya, penyediaan prosedur dalaman dan urusan pentadbiran untuk mengambilalih kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1023019/sesb-diserahkan-kepada-kerajaan-sabah-pada-2030


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057324 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list