CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4493|Reply: 0

[Sabah] Pengurus, pekerja syarikat pelancongan ditahan terbabit kes cabul

[Copy link]
Post time 23-10-2023 10:33 PM | Show all posts |Read mode


MOHD FARHAN

SEMPORNA: Pengurus dan pekerja sebuah syarikat pelancongan di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan kes cabul dua pelancong asing, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima dua laporan kes gangguan seksual daripada pelancong wanita warga asing berumur 18 dan 22 tahun.

Katanya, dua mangsa terbabit mendakwa dicabul oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu pelancong sebuah syarikat pelancongan di sini.

“Kedua-dua mangsa terbabit masing-masing dicabul oleh lelaki yang sama semasa melakukan aktiviti memancing dan snorkeling di sebuah pulau di daerah ini.

“Susulan itu, polis bertindak membuat tangkapan ke atas suspek terbabit untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek terbabit adalah warga asing berumur 20 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Suspek terbabit disiasat megikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Turut ditahan seorang pengurus syarikat pelancongan dipercayai majikan tempat suspek bekerja untuk siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Katanya, kedua-dua supek terbabit direman selama 14 hari bermula esok untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Mohd Farhan menasihatkan semua majikan atau syarikat pelancongan di daerah ini supaya memastikan pekerja mempunyai permit yang sah bagi mengelak sebarang tindakan.

“Polis akan sentiasa berkolaborasi dengan agensi penguatkuasaan yang lain bagi memastikan setiap syarikat pelancongan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.551270 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list