View: 1146|Reply: 10
|
Nadia Brian Terima Jambangan Bunga, Tak Tahu Dari Siapa, Nak Cari Lelaki Serasi Dengan Dirinya
[Copy link]
|
|
Kemunculan pelakon Nadia Brian di pentas Istana Budaya menjayakan teater Pak Pandir & Labu Ajaib membawa cerita tersendiri apabila menerima kiriman jambangan bunga daripada jejaka misteri.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohamed Rashidi, 32, berkata, dia tidak tahu identiti pengirim jambangan bunga tersebut.
"Dia tulis 'annoying fan'. Dia sengaja tulis begitu. Mungkin orang ini tengok aktiviti saya di Instagram. Tapi, bunganya besar.
"Terima kasih kepada yang memberi. Ini pertama kali saya dapat bunga daripada insan yang kita tak tahu," katanya.
Diusik dengan persoalan jodoh, Nadia yang sudah tiga tahun hidup solo berkata, dia sentiasa mengharapkan supaya bertemu jodoh yang baik dan turut meminta peminat mendoakannya.
"Memang setiap kali kenal mana-mana lelaki, saya akan cakap kita berkawan saja dulu. Takkan saya terus nak jalinkan hubungan cinta. Tak nak peristiwa lepas berlaku lagi.
"Saya akan pastikan kata-kata berkawan dulu. Tapi, kalau ada jodoh atau apa mungkin ia ke fasa seterusnya. Sekarang ini belum ada yang betul-betul serius lagi.
"Ia ibarat masih mengenali. Saya akui ada yang rajin bertanya khabar, tanya dah makan atau belum. Tapi, nak keluar 'dating' belum ada masa," katanya.
Nadia berkata, kalau boleh dia mencari lelaki yang serasi dengannya dan paling utama bukan suami orang.
"Saya tak nak timbul masalah di kemudian hari. Saya tak nak jadi penyondol dan disondol. Pastikan dia jelaskan dulu statusnya. Saya tak menolak duda atau yang ada anak.
"Yang penting dia menghormati saya dan keluarga saya," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
hurmmmm..next..dapat tok laki kaya hesmes pun berpisah.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa yg watak disney tu mcm drag queen dah plak |
|
|
|
|
|
|
|
Hadoi...
Ramai betul nama nadia ni...
Keliru tau...
Nadia Brian
Nadia Sahab
Nadia yang jadi bela dalam drama semanis honey tu nadia apa eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Ye jerr...tah2 beli sendiri pastu hantar kat diri sendiri..pastu masuk kat ig..konon2 ada peminat rahsia..kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul jejaka tak pa la |
|
|
|
|
|
|
|
joy refa 2.0 ker ni? mengonon |
|
|
|
|
|
|
|
hantar kat diri sendiri ker tuhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu i perasan dia ni dgn exbf riena diana saling like post. Tp maybe terlike kot. |
|
|
|
|
|
|
|
okayyyy cik dynaz semoga berjodohan |
|
|
|
|
|
|
| |
|