View: 1230|Reply: 8
|
Tujuh Ajaran Sesat Bawah Pengawasan PDRM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau rapi tujuh kumpulan ajaran sesat yang menarik perhatian keselamatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, enam kumpulan itu ialah Tarikat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Millah Abraham@Ibrahim, Ajaran Suhaini@Sihulk, Nur Mutiara Mutmainnah (NMM dan The Ahmadi Religion of Peace and Light.
Beliau berkata, sepanjang tahun 2022 hingga 2023 sebanyak 51 laporan polis direkodkan berhubung aktiviti kumpulan ajaran sesat atau menyeleweng.
“Bagi tempoh berkenaan, 23 tangkapan sudah dilakukakan PDRM dan agensi berkaitan ke atas pemimpin dan pengikut ajaran sesat dan menyeleweng.
“Jumlah tangkapan ini membabitkan Terekat Habib Shah sebanyak 20 tangkapan dan masing-masing satu tangkapan bagi ajaran Ilmu Akhir zaman, Nur Mutiara Makrifatullah (NMM) dan Ajaran Suhaini @ Sihulk,”katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, PDRM memandang serius penyebaran ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.
“Pemantauan rapi dijalankan dalam perkara ini bagi memastikan tiada penganut atau pengamal ajaran sesat yang melangkaui garisan keselamatan.
“PDRM akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi mengikut peruntka Kanun Keseksaan dan Multimedia 1998 sekiranya terdapat penganut atau pengamal ajaran sesat membuat tindakan yang boleh mendatangkan kegusaran awam, suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan yang boleh mendatangkan mudarat tahap keselamatan,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
PMYT tu pun ajaran sesat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
None68 replied at 19-10-2023 05:58 PM
PMYT tu pun ajaran sesat ke?
Softcore ajaran sesat… dlm Islam tidak digalakkan cerita pasal mimpi. Mimpi mainan tidur atau sekadar permainan emosi..juga setan! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kriteria sesat?
Siapa yg decide siapa sesat siapa di jalan yang menuju destinasi?
|
|
|
|
|
|
|
|
tu kena tanya jabatan agama lah
|
|
|
|
|
|
|
|
PAS parti derma tak masuk ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tarikat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Millah Abraham@Ibrahim, Ajaran Suhaini@Sihulk, Nur Mutiara Mutmainnah (NMM dan The Ahmadi Religion of Peace and Light.
diorang ni dok cerita pasal mimpi... psl religion, apa yg tak bagus nya dgn religion yg kita ada skrg ni?
diorang ni betul2 nak mendekati diri dgn Tuhan ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia dah byk public holiday,
kalao2 la ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir menjadi main stream, nnti diorang minta pulak publik holiday 20/10 demi memperingati hari tertubuh nya ajaran diorang ni,
mgkn akan menjejaskan prestasi pengeluaran kilang dan sektor awam di Malaysia...
hehe gurau je.. baru borak dgn member balik dr france, kerja sana, sana public holiday tak byk cm malaysia, tp anual leave diroang 35 hari, boleh amik direct 30 hari balik malaysia sebulan haha
|
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 20-10-2023 10:56 AM
Malaysia dah byk public holiday,
kalao2 la ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir menjadi main s ...
Untung lerrr... |
|
|
|
|
|
|
| |
|