CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 0

Sweet Qismina Percaya Adam Lee 100 Peratus, Tak Mungkin Terjebak Dengan Cinta Lokasi

[Copy link]
Post time 18-10-2023 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Sweet Qismina langsung tak risau, suaminya Adam Lee terpalit kontroversi ‘cinta lokasi’ dengan aktres lain.


Sweet memberi sepenuh kepercayaan kepadanya kerana dia sudah mengenali sikap sebenar Adam di lokasi penggambaran sebelum mereka mula menjalin cinta.


Foto: IG




“Saya mengenali suami ketika kami masih belum bercinta lagi. Kami kenal pun di lokasi penggambaran.


“Jadi saya tahu karakter dia bagaimana. Mengenali Adam, dia seorang yang sangat fokus pada kerja. Dapat sahaja skrip, dia akan buat ‘home work’. Itu sahaja,”katanya kepada Kosmo.




  



Tambah pelakon berusia 26 tahun itu, dia bersyukur kerana suaminya juga bersikap jujur (telus) dan akan memberitahu kegiatannya pada setiap hari.


“Apa-apa pun saya bersyukur kerana Adam seorang yang jujur. Setiap hari dia akan beritahu kegiatannya apa yang berlaku.


“Untungnya juga, manager kami adalah ibu saya sendiri. Jadi bila masing-masing buat hal, ibu saya akan tahu dahulu.


“Sebab itu saya percayakan suami dan tidak pernah terfikir dia akan buat perangai untuk ‘menggatal’ di set penggambaran."




  



Sementara itu, Adam, 28, berkata, dia sedaya upaya akan cuba untuk menjaga nama keluarga sebaik mungkin daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.


“Saya cuba untuk menjaga keluarga sebaik mungkin. Saya dengan dunia saya sahaja. Main sukan Muay Thai, bersenam dan berlakon,” katanya.


Pada masa sama, Adam juga tidak pernah meletakkan sebarang sekatan kepada Swett ketika berlakon, namun berharap agar wanita itu faham tentang statusnya sebagai seorang isteri.




  



“Untuk isteri pula, saya tidak ada meletakkan sebarang sekatan. Perkara ini kami sudah bincang sejak sebelum berkahwin lagi.


“Tak ada masalah pun sebab isteri pun tahu batas apa yang patut dan apa yang tidak patut,” ujarnya.


Untuk rekod, selepas tiga tahun bercinta, Sweet dan Adam mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober tahun lalu. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.069227 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list