CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 0

[Pulau Pinang] Juruaudit hilang RM1.5 juta labur mata wang kripto tak wujud

[Copy link]
Post time 12-10-2023 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Juruaudit hilang RM1.5 juta labur mata wang kripto tak wujud


Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 12, 2023 @ 12:10am [email protected]







NIBONG TEBAL: Gara-gara tertarik dengan iklan berkaitan pelaburan mata wang kripto yang berpangkalan di New York menyebabkan wang berjumlah hampir RM1.49 juta milik seorang juruaudit di sebuah syarikat swasta di Sungai Bakap, di sini lesap dalam sekelip mata.

Ia selepas mangsa yang juga seorang wanita warga tempatan berusia 43 tahun itu ditipu sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam, berkata kejadian bermula pada 2 Mei lalu ketika mangsa melihat satu iklan pelaburan di Facebook (FB) sehingga menarik minatnya untuk mengetahui perkara itu dengan lebih lanjut.

"Mangsa tertarik sehingga dia kemudian mengikuti pautan yang ada dalam iklan terbabit dan seterusnya mendapat penerangan mengenai pelaburan saham yang ditawarkan.

"Selepas selesai mendapat penerangan, mangsa berminat untuk menyertai pelaburan itu dan dia kemudian telah membuat beberapa transaksi pembayaran dengan jumlah keseluruhan hampir RM1.49 juta ke dalam beberapa akaun bank yang diberikan oleh sindiket terbabit.

"Bagaimanapun, sehingga kini dia gagal mengeluarkan keuntungan berserta modal yang dilaburkan, bahkan secara berterusan dipaksa menambah wang pelaburan," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa yang sedar dirinya terjerat dalam sindiket penipuan tampil membuat laporan polis kelmarin untuk tindakan lanjut.

"Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai dengan sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan di media sosial," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.280708 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list