CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8169|Reply: 11

Undang-Undang Kanun Kristian

[Copy link]
Post time 21-1-2011 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Saya nak tanya kepada kawan-kawan Kristian, dalam ajaran Kristian ada tak undang-undang macam Qisas n Hudud spt dlm ajaran Islam...

Saya pernah dengar undang-undang Yahudi yg dipanggil Halakha...bagaimana pula masyarakat Kristian?

p/s Maaf kalau persoalan ni pernah dibincangkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2011 07:09 PM | Show all posts
Hai nobito,

Awak aktif di board lagend kan? Terima kasih bertanyakan soalan dengan sopan. Dalam Christianity, difahami bahawa Allah menjalankan tindakan-Nya dalam dua cara. Yang pertamanya melalui torah (syariat). Yang keduanya adalah melalui rakhimu (kasih sayang dan nikmat). Yang Sky italic kan itu, adalah istilah yang berkonteks. Seperti juga dalam pengajian agama islam. Kami pun ada pengajian begitu dan istilah-istilah tu sebenarnya adalah bahasa Suryani.

Sebab awak bertanyakan soalan mengenai perundangan. Maka Sky akan cuba fokus di perundangan. Pada awalnya, ajaran Masihi disebarkan dalam lingkungan orang Israel dan kerajaan Yahuda (Judah). Maka pada awalnya ada orang Nasrani yang masih mengikuti perundangan ini. Sebagaimana yang awak tahu, orang Yahudi mempunyai Talmud atau interpretasi guru-guru agama mereka terhadap kitab suci. Orang Nasrani pun begitu lah. Jesus Christ adalah Rabbi kami.

Dalam Christianity memang terjadi perbahasan tentang hal perundangan ni. Sebabnya perundangan yang diberikan Allah itu adalah sebahagian dari perjanjian (covenant) orang Israel dengan Allah. Jadi orang Yahudi menganggap bahawa perundangan tersebut tidak seharusnyalah terpakai kepada bukan orang Israel dan Judah. Mereka pun ada perundangan dari kitab yang menyentuh mengenai kehidupan orang gentile (non-Jews). Jadi orang Yahudi dan orang Gentile pun ada mengikut perundangan cuma perundangan orang Gentile tak sebanyak yang perlu dipatuhi orang Yahudi.  

Kalau ikut orang Protestant, mereka anggap bahawa perundangan ni bukan sahaja undang-undang yang tertentu sahaja, tetapi juga semua perkara yang ditekankan oleh Allah kepada manusia dan juga seluruh aspek yang selari dengan apa yang ada dalam al-Kitab. Orang Christian yang reformed pula percaya bahawa penyebaran kata-kata Allah mestilah dipegang bersama-sama dengan Syariat dan Injil.

Syariat tanpa Injil hanya menjadi moralism sahaja, berkaitan dengan norma. Konsepnya, kalau awak berusaha kuat barulah awak dapat keselamatan. Itu adalah Syariat. Kalau Injil tanpa Syariat pula, ia hanya merujuk kepada keampunan tetapi tanpa taubat, jadi takda perubahan yang sejati dalam diri insan. Maka Syariat dan Injil mesti ada bersama-sama, ianya komponen yang tak terpisah. Ini dari sudut pandangan orang Christian Protestant dan Reformed. Sky rasa Sky pun fahaminya begitu walaupun bukan orang Protestant.

Kenapa ada beza pula Syariat dengan Injil? Kalau menurut aliran Protestant, Injil menjelaskan tindakan Allah mengampunkan manusia sebagai anak-Nya. Jadi apabila Allah mengampunkan dosa maka kita secara takrifannya terbebas dari dosa. Status anak Allah tidak pula tertakluk kepada bagaimana kita mengikut Syariat tersebut.

Walau bagaimanapun, orang Christian sekelian kenalah memberi maklumbalas kepada Allah dengan ketaatan. Kalau tak taat pun, status manusia sebagai anak Allah tidaklah hilang sebaliknya orang itu bertanggungjawab ke atas tindakannya. Tetapi diingatkan juga dalam kebanyakan tradisi aliran2 Christianity, melanggar perintah Allah secara sengaja dianggap sebagai tindakan menolak nikmat Allah.  

Sky sebutkan dulu pasal aliran Protestant dan Reformed ya. Aliran Catholic dan Orthodox pun ada sistem perundangan cuma nanti kita boleh bercakap mengenainya sebab Sky akan cuba menjadikannya lebih umum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 07:25 PM | Show all posts
Apabila kita lihat kepada syariat yang diberikan kepada orang Yahudi, para penulis buku perundangan Kristian selalunya akan cuba memberi perbezaan dengan apa yang disebut sebagai syariat akhlak dan juga syariat adat.

Umat Kristian tak selalunya menuruti syariat yang diberikan kepada orang Yahudi. Misalnya kebanyakan orang Kristian ada yang mengambil daging khinzir serta ada yang tak mengikuti perayaan orang-orang Yahudi. Sky tahu ada orang Muslim akan ambil dalil syariat Yahudi ini untuk mengatakan bahawa ajaran Isa al-Masih yang diikuti oleh orang Kristian sebagai tak sah. Untuk itu, mereka kena faham orang Nasrani terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan Gentile dan satu lagi golongan yang berasal dari keturunan Israel atau orang Yahudi yang beriman dengan Isa al-Masih. Kebanyakan pengikut gereja Timur juga tak ambil khinzir, dan Sky walaupun seorang Catholic kami tak pernah ambil daging khinzir atau cuba mengelakkannya. Jadi jangan lah generalize kami serta jangan pula salahkan orang Kristian yang mengambil pork sebagai tak ikut ajaran Masihi.

Perkara seperti mengambil khinzir dan perayaan Yahudi ni semua dalam kekristianan dianggap sebagai perjanjian Tuhan dengan orang Yahudi. Tambahan lagi, sebahagian dari perkara dalam syariat tu boleh lah dianggap sebagai undang-undang sivil dalam negara Yahudi. Ini dah masuk ke hal pentafsiran Syariat pula sebab ada orang Kristian kini berpandangan syariat Yahudi tu tak sesuai dengan masa kini tanpa berubah sedikit kerana tiap2 benda akan berevolusi walaupun ia masih benda yang sama. Secara umumnya, orang Kristian masih beranggapan bahawa kandungan akhlaki dalam Syariat Yahudi tu adalah berdasarkan kepada sifat-sifat Allah dan juga prinsip-prinsip rohaniah serta akhlak yang asas pada ketika alam semesta diciptakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 11:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 7-2-2011 11:26

Reply 3# sky_ephemeris

Aku sebenarnya x reti nak mengulas bab2 qisas dan hudud dalam Kristian.

Beberapa hukum hudud dalam Taurat..seperti konsep mata ganti mata telah dihapuskan oleh Yesus. Konsep hukuman mati seperti hukuman renjam terhadap zina walaupun tidak dihapuskan oleh Yesus, tetapi Yesus telah menawarkan kaedah lain.

Apa yang aku tahu...dalam segi hukum, Yesus tidak meletakkan satu peraturan senarai hukum yang mesti dipatuhi oleh orang Islam...mencuri hukum dia apa..membunuh hukum dia apa.. etc etc etc..

Tetapi Yesus ada mengemukakan dua prinsip utama...kasih Allah dengan segenap hati dan kasih manusia sama seperti mengasihi sendiri.

dalam isu sosial, agama Kristian pada pandangan aku, mmbenarkan konsep bdasarkan tempat dan masa, apa jua bentuk hukum yang digubal untuk tujuan sosial dan masyarakat selagi mematuhi dua prinsip yang telah diletakkan oleh Yesus.

Hukum-hukum n dan peraturan yang tidak melanggar kedua2 prinsip  tersebut boleh diaplikasikan oleh umat Kristian walaupun prinsip tersebut merupakan bbentuk sekular. Ambil contoh, dalam tindakan keadilan, hukuman bunuh terhadap mana2 penjenayah tidak dibenarkan oleh Kristian...tetapi ada juga pendapat dlm kes tertentu ia dibolehkan. Benda ni msh lg menjadi perdebatan.

Org Kristian juga menggunakan pakai beberapa hukum yg tercatat dalam Taurat, selagi ia tidak dimansuhkan oleh Yesus dan sesuai dengan misi Yesus bersifat universal. dalam apa jua hukum, ia mesti berlandakan pengajaran dan pengampunan.

Banyak kes2 di dalam Injil, hukum yang dikenakan oleh Yesus adalah   membawa keadilan kepada mangsa, membawa pengampunan kepada si pelaku dan membawa pengajaran kepada masyaratakat. Kesemua pihak perlu mendapat manfaat.

Dari segi kesucian pula...umat Kristian diwajipkan suci kerana anggota badan manusia merupakan bait Allah, sesuai dengan penciptaa manusia sebagai makhuk TUHAN yang agung. Walaubagaimanapun, Kristian tidak meletak syariat senarai makanan halal dan haram seperti Hukum Taurat. Seingat aku..dlm NT, umat Kristian hanya diharankan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala..Selain itu, apa juga bentuk makanan yang tidak memudaratkan..perlu dimakan dengan ucapan syukur (tetapi dikalangan umat Kristian ada perbezaan pendapat).


Ini sahaja bebelan  aku..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 02:13 AM | Show all posts
Reply 4# cmf_shalom


    Dalam Islam pun ada juga konsep pengampunan tapi pengampunan tu mesti disertakan dengan taubat nasuha (berjanji tak mengulangi lagi)

Aku quote sikit ayat tafsir Al-Quran pasal tu

Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan rasulNya dan berusaha membuat bencana di muka bumi, bahawa mereka itu dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kakinya dengan berselang, atau dibuang jauh dari tanah airnya. Balasan itu adalah satu kehinaan bagi mereka di dunia dan untuk mereka di akhirat seksaan yang besar. Ayat 33 Al-Maaidah

Kecuali orang-orang yang bertaubat, sebelum engkau kuasai (menjatuhkan hukuman) ke atas mereka. Maka, ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ayat 34 Surah Al- Maaidah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 01:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 9-2-2011 13:53

Thanks kepada semua yg tolong terangkan apasal Hukum-hakam Kristian

Saya tertanya pasal ni lepas membaca ayat tafsir Al-Quran tentang Hudud dan Qisas..dalam ayat tu ada sebut pasal Ajaran Isa dan apa yang tertuls dalam Taurat.

Aku tulis kat sini k...

Dan Kami telah menetapkan kepada mereka dalam Taurat, bahawa sesungguhnya jiwa di balas dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka ada juga kisasnya. Barang siapa bersedekah (memaafkan) kisas itu, maka demikian itu penutup bagi dosanya. Dan barangsiapa yang tidak menghukum mengikut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang-orang yang zalim. Ayat 45 Al-Maaidah

Dan Kami iringi jejak mereka dengan (mengutus) Isa anak Maryam yang membenarkan (Kitab) yang sebelumnya, iaitu Taurat, dan Kami berikan kepadanya Injil, di dalamnya ada petunjuk dan nur (cahaya), serta membenarkan (Kitab) yang sebelumnya, iaitu Taurat dan menjadi petunjuk dan pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa. Ayat 46 Al-Maaidah

Dan hendaklah ahli Injil menghukum mengikut yang diturunkan Allah di dalam Injil. Dan barangsiapa yang tidak menghukum mengikut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang-orang yang fasiq. Ayat 47 Al-Maaidah

Dan Kami telah menurunkan Kitab kepadamu (ya Muhammad) dengan (membawa) kebenaran yang membenarkan Kitab sebelumnya serta mengawasainya, sebab itu hukumlah antara mereka mengikut apa yang diturunkan Allah dan jangan kamu turuti hawa nafsu mereka, (yang berpaling) dari kebenaran yang telah datang kepadamu. Kami adakan bagi setiap umat di antara kamu satu syariat (peraturan) dan satu jalan. Dan jika Allah mengkehendaki, nescaya Dia jadikan kamu umat yang satu, tetapi Dia hendak menguji tetang apa yang diberikanNya kepadamu, sebab itu, berlumba-lumbalah kamu (membuat) kebaikan. Ayat 48 Al-Maaidah

p/s sebab tu umat Islam selalu mendesak kerajaan melaksanakan perintah Allah ni..apatah lagi pemimpin itu sendiri adalah Muslim..kerana siapa yang tak laksanakan syariat Allah adalah Fasiq.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2011 09:41 AM | Show all posts
Pasal hukum dalam Perjanjian Lama, awak boleh rujuk tafsirannya dalam Perjanjian Baru iaitu dalam kata-kata Jesus Christ serta tafsiran dalam surat kiriman (epistles) Awak juga boleh check Epistles of Saint Barnabas pasal tafsiran Perjanjian Lama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 06:18 PM | Show all posts
Dear Mod,
You should have alert the thread owner, let him know before deducting credits on whatever reason you accuse.
It's totally unacceptable.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 07:40 PM | Show all posts
Where the Mod deducts the credit?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 10:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 26-2-2011 22:56
Where the Mod deducts the credit?
sky_ephemeris Post at 23-2-2011 19:40



    Mod tolak credit kat post yang saya quote dr ayat Al-Quran tu. Saya cuma nak tahu fahaman dr masyarakat Kristian tentang hukum2 dr Tuhan n mungkin dari Yahudi juga.

Sebab hukum tuhan ni kan penting dalam kehidupan seharian manusia..sebab hidup kita ni terikat dengan hukum2 tuhan n sapa menolak adalah fasik..saya rasa ayat fasik ni juga disebut dalam Injil, jadi saya nak tahu tentang hukum2 dr tuhan dlm masyarakat Kristian..

N saya setuju dengan pendapat sky tentang penganut protestant..iaitu hukum2 dlm penjanjian lama n perjanjian baru mesti diikuti bersama walaupun Taurat diturunkan untuk Yahudi.

Saya x da tujuan menghina hanya sekadar berkongsi dari pembacaan saya dari tafsir Al-Quran..mungkin nnt saya akan baca menyorok2 perjanjian baru untuk maklumat lebih..awak faham2 je la Islam Melayu ramai yang tolak mentah2 Injil n Taurat
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2011 11:05 PM | Show all posts
Oh begitu. Saya bersimpati kepada awak.
Elok juga awak melihat-lihat sedikit Perjanjian Baru
kerana ia bertalian dengan Perjanjian Lama.
Perjanjian Baru adalah pindaan kepada Perjanjian Baru.
Dah nama pun Perjanjian kan, ia sentiasa berevolusi menurut zaman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 11:14 PM | Show all posts
Owh nnt saya try cari..kena berani2 kan diri la takut kalau ada yg jumpa saya simpan habis saya kena tikam dengan keris Melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.102201 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list