CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 929|Reply: 2

Bekas Pemain Liga Super Dipenjara 15 Bulan, Mengaku Salah Miliki Harta Curi

[Copy link]
Post time 10-10-2023 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Muar: Bekas pemain Liga Super Malaysia hari ini dijatuhi hukuman penjara 28 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan memiliki harta curi, pada Mei dan Julai lalu.


Mohd Azinee Taib, 33, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.


Dia yang dilihat cuba mengelak wajahnya dirakam kemudian diiringi dua kakitangan penjara Sungai Udang menggunakan laluan khas untuk meninggalkan mahkamah.






Bagi pertuduhan pilihan pertama, Mohd Azinee didakwa menyimpan harta curi iaitu jam tangan berjenama milik Ker Zhi Zin, 17, dan beg tangan kepunyaan Ho Shin Fun, 50, di dua lokasi iaitu jeti nelayan Ayer Baloi, Pontian dan Forest City Country Garden, Gelang Patah pada jam 4.30 petang, 3 Julai lalu.


Mohd Azinee didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan pilihan kedua pula, dia didakwa memiliki dompet dan beg tangan berjenama kepunyaan Toh Lai Siang, 53, yang mana diketahui hasil curi dan didakwa mengikut seksyen sama.


Mengikut fakta kes, Mohd Azinee ditahan pada 3 Julai lalu selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Bakri Muar, di sini.


Kejadian disedari adik pengadu pada jam 12 tengah hari, 30 Mei lalu apabila mendapati rumah berselerak, manakala beberapa barangan berharga hilang.


Selain itu, kejadian sama juga berlaku pada jam 11 pagi, 17 Jun lalu, apabila sebuah rumah di Taman Cahaya Melati, Parit Jawa, dekat sini diumpil menyebabkan barangan berharga serta wang tunai RM10,000 hilang.


Pada hari dia ditahan, Mohd Azinee dibawa ke kedua-dua lokasi terbabit dan polis akhirnya menemui beberapa barangan disyaki dicuri.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohammad Zuwairi Md Noor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan dilakukan serta sebagai pengajaran terhadapnya.


Selepas mempertimbangkan hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan bagi pertuduhan pertama dan 15 bulan untuk pertuduhan kedua.


Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan semua hukuman dijalankan serentak bermula dari tarikh sabitan semalam. Ini bermakna dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 bulan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2023 01:54 PM | Show all posts
alamat kat parit jawa tu kawasan perumaahn baru rasanya .

hasil kajian :





Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 02:14 PM | Show all posts
memalukan bangsa melayu je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.567519 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list