CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 765|Reply: 0

Doktor tak percaya saya boleh bangkit - Sharul Aimy

[Copy link]
Post time 7-10-2023 04:06 PM | Show all posts |Read mode

Atlet gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam beraksi dalam acara melombol pada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang mana dia meraih pingat gangsa. – Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai tidak mengetahui atlet gimnastik artistik negara yang memenangi gangsa pada Sukan Asia Hangzhou 2022, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam pernah mengalami detik hitam apabila patah kaki kiri pada tahun 2019.

Sharul mengakui kecederaan serius yang dialami ketika latihan sebelum Sukan SEA Filipina itu membuatkan dia putus asa untuk meneruskan kariernya.

Bagaimanapun, atlet berusia 22 tahun itu berkata, berkat kesungguhan dan sokongan daripada semua pihak termasuk keluarga serta badan sukan di negara ini membolehkannya bangkit semula.

Katanya, dia mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk mendapatkan kembali rentak dan menepis perasaan fobia susulan kecederaan itu.



"Ketika itu saya hampir putus asa, saya fikir mungkin ini masa untuk saya berhenti. Setiap kali lakukan fisioterapi saya akan menangis dan pernah terfikir kecederaan ini tidak akan pulih sepenuhnya.

"Saya berbincang dengan ibu bapa dan mereka pun setuju kerana kalau diri sendiri tak nak, mungkin itu sajalah (berhenti). Namun, apabila saya boleh berjalan, tiba-tiba saya berasa lagi bersemangat dan membuat kemunculan semula di Sukan SEA Vietnam.



Atlet gimnastik negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam memperagakan pingat dimenanginya pada sesi temu bual khas bersama pemberita, malam tadi. – Foto BERNAMA

"Itu kecederaan paling teruk yang pernah saya alami. Sekarang ini saya redah sahaja, janji saya dapat apa yang saya mahu. Selepas menang (gangsa Sukan Asia Hangzhou), doktor yang rawat kaki saya dahulu ada hubungi dan beliau pun macam tak percaya saya boleh bangkit," katanya.

Kejayaan Sharul meraih gangsa dalam acara melombol di Hangzhou menjadi sejarah apabila dia menamatkan penantian 17 tahun skuad gimnastik untuk memenangi pingat di Sukan Asia selepas kali terakhir dilakukan Ng Shu Wai yang merangkul perak pada Doha 2006 dalam acara sama.

Dalam perkembangan sama, Sharul kini mengalihkan tumpuan terhadap kejohanan Piala Dunia Gimnastik Artistik bermula Januari tahun depan untuk memburu mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Atlet dari Terengganu itu turut berharap dapat mencari penaja untuk menyokongnya merealisasikan impian ke Olimpik termasuk perancangan mengadakan latihan di luar negara sebelum menyertai empat Piala Dunia Gimnastik Artistik di Kaherah (Mesir), Cottbus (Jerman), Doha (Qatar) dan Baku (Azerbaijan).

"Saya memang tiada cuti selepas Sukan Asia dan terus fokus latihan Piala Dunia tahun depan. Kejohanan itu sangat penting sebab ini peluang terakhir untuk saya layak ke Sukan Olimpik dan jika terlepas saya terpaksa tunggu edisi seterusnya.

"Saya dimaklumkan Majlis Sukan Negara hanya akan menghantar untuk dua kejohanan Piala Dunia namun saya sanggup keluarkan duit sendiri bagi dua kejohanan lagi," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... bangkit-sharul-aimy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.848466 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list