CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4131|Reply: 0

Joe Ee mara ke final

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:23 AM | Show all posts |Read mode

JOE Ee tampil aksi menarik untuk melayakkan dirinya ke final esok. FOTO AFP

Hangzhou: Atlet gimrama negara, Ng Joe Ee agak gementar semasa rutin pertama pada penampilan pertama di temasya Sukan Asia di sini tetapi berjaya menemukan ketenangan dalam menampilkan aksi memberangsangkan untuk melangkah ke pusingan akhir acara individu all-around.

Gimnas berusia 17 tahun itu mengumpul keseluruhan 85.150 mata untuk menempatkan diri di tempat ke-14 selepas empat aparatus pada pusingan kelayakan di Gimnasium Huanglong di sini sekali gus muncul antara 23 gimnas finalis dalam kalangan 30 peserta.

Pemenang emas berganda pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 dalam disiplin bola dan riben, Joe Ee mencatatkan 28.050 mata dalam acara gelung, 28.800 mata (bola), 28.200 (belantan) dan mengakhiri dengan 28.050 mata dalam disiplin riben.

Joe Ee, pemenang pingat perak dalam acara individu all-around pada Sukan Sea Vietnam, berharap untuk meneruskan aksi yang baik pada pusingan akhir, esok.

"Hasilnya baik, saya berharap pusingan akhir akan sama. Yang paling penting, saya perlu meningkatkan keyakinan diri kerana saya tidak merasa cukup yakin...saya perlu memberitahu diri saya bahawa saya boleh melakukannya sebelum memulakan.

"Saya takut alat saya akan terjatuh... apabila melakukan lemparan, saya terlalu banyak berfikir tentang bolehkah saya menangkap alat atau tidak, jadi saya perlu mengurangkan perasaan itu," katanya kepada wartawan selepas acara tersebut.

Dia berkata suasana di arena Sukan Asia di sini lebih tenang berbanding Kejuaraan Dunia di Valencia, Sepanyol, pada Ogos lalu.

"Saya lebih tenang di sini dan harap suasana sama pada pusingan akhir nanti," katanya.

Juara Asia, Takhmina Ikromova dari Uzbekistan mengungguli saingan awal dengan 100.250 mata diikuti rakan senegara, Evelina Atalyants (100.200) dan gimnas Kazakhstan, Elzhana Taniyeva dengan 97.650 mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... oe-ee-mara-ke-final
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.050005 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list