CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8111|Reply: 0

Hanya hakim syarie boleh sahkan lafaz taklik

[Copy link]
Post time 6-10-2023 06:55 AM | Show all posts |Read mode
Hanya hakim syarie boleh sahkan lafaz taklik


Foto hiasan - Fail NSTP


JOHOR BAHRU: Penentuan sah atau tidak lafaz taklik membabitkan jatuh talak hanya boleh dibuat oleh hakim Mahkamah Syariah.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, berkata hakim syarie perlu mendapat kepastian lafaz taklik sebenar daripada pasangan suami isteri berkenaan, sebelum memutuskan sama ada ia sah atau sebaliknya.

Katanya, ada lafaz taklik yang kedengaran seperti jatuh talak namun sebenarnya tidak membawa kepada perceraian tetapi hanya salah faham.

Beliau berkata, soal sama ada sah perceraian secara lafaz taklik itu juga bergantung pada niat suami, sama ada sekadar bergurau atau benar-benar bermaksud untuk bercerai.

"Contohnya suami melafazkan 'kalau awak (isteri) vaksin, putuslah hubungan antara kita. Kita tidak ada apa-apa lagi'. Ini tidak jatuh talak kerana tiada perkataan cerai atau talak secara jelas.

"Tidak juga jatuh talak jika lafaz taklik suami dilafazkan selepas perbuatan berkenaan dilakukan termasuk tanpa pengetahuan suami, contohnya isteri sudah mengambil vaksin barulah suami melafazkan 'kalau awak ambil vaksin, jatuh talak'.

"Bagaimanapun, jika isteri meneruskan ambil dos kedua vaksin selepas lafaz itu, sah jatuh talak.

"Ia berbeza jika suami melafazkan 'saya tak mahu awak (isteri) ambil vaksin, jika awak ambil juga, jatuh talak'. Talak tidak akan jatuh kecuali jika isteri mengambil vaksin, maka jatuhlah talak.

"Namun jika suami berang mengetahui isteri mendapatkan vaksin tanpa pengetahuannya sehingga berlaku pergaduhan dan suami melafazkan talak atau cerai, itu perceraian biasa bukan lafaz taklik dan perlu dirujuk ke pejabat agama," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, seorang lelaki di Kuala Terengganu dilapor melafazkan taklik terhadap isterinya bagi menghalang wanita itu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Tindakan lelaki itu menimbulkan persoalan kepada hubungan pasangan berkenaan kerana isterinya mendapatkan suntikan dos pertama vaksin di luar pengetahuan suaminya.

Suri rumah berkenaan menghubungi seorang peguam syarie bagi mendapatkan khidmat nasihat dan pengesahan, sama ada taklik dilafazkan suaminya sah atau sebaliknya.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadot, berkata ikhtiar pengambilan vaksin COVID-19 adalah usaha menyelamatkan nyawa yang dibolehkan dalam Islam.

"Mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita harus berusaha dan mencari ikhtiar menyelamatkan nyawa dalam isu COVID-19 ini, termasuk mendapatkan vaksin dan bukan semata-mata berdoa.

"Malah, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pengambilan vaksin.

"Hak mutlak menjaga nyawa ini adalah tanggungjawab individu, maka seharusnya ia tidak dirumitkan," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... sahkan-lafaz-taklik

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.193707 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list