View: 11664|Reply: 22
|
Lebih Sejam APM Cari Lelaki Jatuh Parit, Rupanya Dah Balik Mandi
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang disangkakan terjatuh dan hilang dalam parit di Jalan Raja Laut, di sini, tiba-tiba 'muncul' di sebalik orang ramai ketika pasukan penyelamat sibuk melakukan pencarian.
Malah, lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun itu turut mengaku sudah pulang ke rumah selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran sebuah sekolah rendah itu dan mandi sebelum kembali ke lokasi kejadian.
Anggota APM ketika mencari lelaki yang didakwa terjatuh ke dalam longkang di Jalan Raja Laut. - Foto Ihsan APM
Perkara itu dimaklumkan lelaki terbabit selepas lebih sejam pencarian dilakukan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di dalam kawasan loji dan kumbahan yang dikatakan mempunyai kedalaman 3.65 meter itu.
Pegawai APM Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.51 petang sebelum 14 anggota bersama beberapa jentera dari APM Kuala Lumpur dan Gombak dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, kami dimaklumkan seorang mangsa terjatuh dalam longkang yang juga kawasan kumbahan sedalam 3.65 meter.
"Ketika pencarian mangsa dilakukan lebih satu jam di dalam kawasan loji, seorang lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun hadir di lokasi.
"Lelaki itu memaklumkan dia adalah mangsa yang terjatuh ke dalam longkang berkenaan semasa memotong rumput selepas terpijak zink yang menutup lubang kumbahan berkenaan.
"Mangsa memberitahu dia segera berpaut dengan mesin memotong rumput untuk memanjat naik ke atas sebelum segera balik ke rumah dan membersihkan diri," katanya melalui kenyataan hari ini.
Ahmad Junaidi berkata, lelaki warga Myanmar itu tidak mengalami sebarang kenyataan dan susulan penjelasan itu, pihaknya menghentikan operasi pencarian.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Aduiii keras perut aku gelak. Aku tgh imagine situasinya. Dia dtg balik tu, 1 inisiatif yg patut dipuji. Imagine klu lps mandi dia tido .. sambil santai2 kat rumah... mesti team tu masih mencari |
|
|
|
|
|
|
|
cuba dia pun sama join tolong cari jugak |
|
|
|
|
|
|
|
pastu dia cari bersungguh2 sampai 2 jam...pastu baru tahu dia cari dia sendiri...lg naya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahahah..iols bole imagine dia tgk org kerumun ramai-ramai dia slumber dtg ey sy org jatuh td sdh sini naik. Tp siapa yg call ? Xtgk ke org tu dh keluar ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu menung, macam mana aku nak mengaku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Beria ia Melayu tolong cari Myanmar, baik sungguh spesis @kemaruk . |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus...datang semula bg kerjasama |
|
|
|
|
|
|
|
mau kena pelangkung ngan staff APM...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini kelakar |
|
|
|
|
|
|
|
btl la tu. bukan slah dia. men dia tau org report.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk berita ni i like  |
|
|
|
|
|
|
|
iols tgk balik gambo dlm artikel di atas....tengok kegigihan APM cari sampai sanggup gayut kat lubang yang berbau dan kawan dia gigih pegang kaki...masa tu yg dalam lubang longkang tu punya la saspen kot mangsa dah lemas dalam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengingatkan kes nenek disangka hilang rupanya aman2 cuti2 terengganu.
Bezanya yang ini kelakar.
|
|
|
|
|
|
|
|
kelakar tapi rase kesian kat anggota APM tu
* * |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah sedap2 balik rumah mandi2, makan tomyam, tengok tv..org kt sana tkial2 menyelam cari ko |
|
|
|
|
|
|
|
X mati pulak warga asing ni...menyusahkan rakyat Malaysia je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|