CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3361|Reply: 1

Budak 11 Tahun Tembak Kawan, Gaduh Sebab Latihan Bola Sepak

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Florida: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menembak dua rakannya yang berusia 13 tahun berikutan pertengkaran yang bermula semasa latihan bola sepak Pop Warner di Florida, Amerika Syarika (AS).


Tembakan tunggal berkenaan terkena lengan seorang remaja, manakala seorang lagi di bahagian tengah badan.






Polis berkata, video pengawasan menunjukkan kedua-dua remaja itu, yang berada dalam keadaan stabil, melarikan diri daripada kanak-kanak itu apabila tembakan dilepaskan.


Tembakan dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.18 malam waktu tempatan dan pegawai tiba di tempat kejadian kira-kira empat minit kemudian dan merampas pistol daripada kanak-kanak itu serta menahannya.


Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak berkenaan mengambil pistol itu dari kotak yang tidak berkunci di dalam kenderaan ibunya dan melepaskan satu das tembakan.


Kanak-kanak lelaki itu kemudian didakwa dengan satu pertuduhan cubaan membunuh tahap dua dan dimasukkan ke pusat penilaian juvana.


Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan akan menghadapi pertuduhan salah laku tahap kedua kerana meninggalkan pistol tanpa pengawasan.


Polis berkata bahawa sebarang pertuduhan tambahan akan terpulang kepada sistem mahkamah. - AGENSI




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 06:57 AM | Show all posts
Sikit2 nk tembak... Lain btl luar negara ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.149417 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list