View: 1953|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
119 serbuan rumah judi
[Copy link]
|
|

AHMAD Dzaffir. FOTO Arkib NSTP
Seremban: Dalam masa 12 hari, Polis Kontinjen Negeri Sembilan melakukan 119 serbuan membabitkan judi atas talian dan loteri awam tanpa lesen di seluruh Negeri Sembilan.
Operasi bermula 20 September hingga 2 Oktober lalu itu juga menyaksikan seramai 124 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan berkenaan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, fokus utama operasi berkenaan adalah untuk mencegah dan membanteras aktiviti perjudian yang termaktub di bawah Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.
"Sasaran serbuan merangkumi semua premis yang terbabit dengan kegiatan perjudian. Bagi kesalahan judi atas talian, sebanyak 43 serbuan dilaksanakan dan kami berjaya menahan 47 suspek serta rampasan wang tunai berjumlah RM704, bersama 46 telefon bimbit.
"Bagi kesalahan perjudian loteri awam tanpa lesen bagi tempoh sama, sebanyak 76 serbuan berjaya dilaksanakan dan menahan 77 individu serta rampasan wang tunai berjumlah RM9,129," katanya, hari ini.
Beliau berkata, tindakan susulan juga dilaksanakan seperti sekatan laman web berunsurkan perjudian, pemotongan elektrik dan pembatalan lesen premis.
"Kes judi atas talian disiasat mengikut Seksyen 4B(a) ARJT 1953, manakala kes loteri awam tanpa lesen disiasat di bawah Seksyen 4A(a) akta sama
"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Polis Negeri Sembilan di talian 06-7682222," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -serbuan-rumah-judi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|