CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2423|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Transporter' ditahan bersama RM5 juta syabu

[Copy link]
Post time 4-10-2023 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-10-2023 02:57 PM

'Transporter' ditahan bersama RM5 juta syabu

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 04 Oktober 2023  01:57pm





Kok Chin (tiga dari kanan) menunjukkan dadah syabu yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Rabu.



GEORGE TOWN - Polis menahan seorang pendawai elektrik bersama 157.185 kilogram (kg) syabu bernilai RM5.19 juta di Bandar Cassia, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan pada jam 12.50 tengah hari, 3 Oktober lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, suspek berusia 34 tahun dari Lembah Klang itu ditahan ketika sedang memunggah dadah berkenaan dari sebuah kereta ke kereta yang dipandunya.


Menurutnya, suspek dipercayai berperanan sebagai 'transporter' dadah berkenaan yang diseludup dari Thailand untuk diedarkan ke negeri ini dan Selangor.

"Kita menahan suspek ketika dia sedang memunggah dadah dari kereta Honda HRV ke kereta Perodua Bezza yang dipandunya. Suspek cuba lari ketika serbuan, namun gagal.



Siasatan awal mendapati, kedua-dua kereta itu adalah kenderaan sewa. Sementara itu, kesemua dadah yang diletakkan di dalam enam guni itu dibawa dari Thailand menggunakan kereta Honda HRV berkenaan.

Pemeriksaan mendapati, keenam-enam guni tersebut mengandungi 150 bungkusan teh Cina yang mengandungi 157.185kg syabu bernilai RM5.19 juta," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Rabu.


Beliau berkata, suspek dipercayai menerima upah RM5,000 untuk setiap trip penghantaran dadah tersebut.

"Kita percaya, suspek bukan bergerak solo dan polis masih mengesan saki baki rakan suspek yang masih bebas. Suspek mempunyai satu rekod jenayah namun ujian dadahnya negatif.


"Suspek dipercayai telah beberapa kali melakukan jenayah ini sebelum berjaya ditahan.

"Dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 926,000 penagih sekiranya terlepas ke pasaran. Suspek yang sudah berkahwin itu direman tujuh hari sehingga 10 Oktober untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042537 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list