CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14885|Reply: 154

Harga Cekik Darah, Ekin Mawi Terkejut Order Ikan Dan Lauk-Lauk Cecah RM1,260

[Copy link]
Post time 4-10-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Isteri Mawi, Ekin Rahmat terkejut dengan harga yang dikenakan sebuah kedai makan makanan laut yang dikunjunginya baru-baru ini di Johor Bahru.


Di Instagram, Ekin berkata dia hanya memesan dua ekor ikan dan beberapa menu makanan laut lain namun terkejut selepas melihat resit harga.


Foto: IG




Malah, Ekin yang pertama kali datang ke kedai itu turut bertanyakan kepada pengikutnya adakah harga yang dikenakan masuk akal atau tidak.


"Siapa org Johor Bahru kat sini, nak tanya sikit la memang harga dia camni ke?


"Korang penah kene tak? Ni gerai No **, paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor."


  



Ekin turut memuat naik video kedai berkenaan dan gambar resit yang memaparkan harga berjumlah RM1,260.


Bagaimanaoun Ekin menjelaskan dia tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan kedai terbabit, cuma berharap para peniaga makanan di luar sana agar bersifat lebih tulus dalam perniagaan yang diusahakan.


"Saya tiada niat nak post video kedai makan ini untuk menjatuhkan perniagaan orang. Cuma nak minta pendapat korang pernah ke makan dekat sini dengan harga sebegitu?


"Tapi rata-rata semua yang komen dah terkena, jadi apa perlu kita buat untuk memperbetulkan keadaan? Supaya peniaga-peniaga ini semua jujur dan tulus supaya orang lain tidak terkena benda sama.


"Saya orang Johor Bahru dan selalu balik Johor Bahru, akan cari makanan yang teringin, selalu makan kedai JDT sebelah tapi hari tu ikan dah habis, kedai itu memang berpatutan dan sedap.


"Bukan semua kedai dekat situ cekik darah ya. Kedai ini pertama kali kami datang sebab tiada pilihan dan ini yang terjadi." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 11:31 AM | Show all posts
dua2 ekoq laki bini nih dah expired & dh x laku
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 11:39 AM | Show all posts
Sebab tu la aku lagi prefer makan fast food je, dah tentu-tentu gitu harga dia

Nak seafood, masak sendiri sudah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa orang makan tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak masak seafood tak susah. Tapi memang kadang teringin nak makan luar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau makan berdua, memang amat mahal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Marketing utk paid review kot...siap tnjk resit nama kedai
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 02:28 PM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 4-10-2023 11:39 AM
Sebab tu la aku lagi prefer makan fast food je, dah tentu-tentu gitu harga dia

Nak seafood, m ...

itu la, tp kena igt tak semua orang pandai masak,

syukur la dpt isteri atau diri sendiri pandai masak..


kt opis ada la sorang ckap beli kat pasar murah, tp ada juga yg dpt bini tak pandai masak sengih je la, wa pn senyap je tak nak terguris hati member yg bini tak pandai masak tu...

member yg bini tak pandai masak tu mmg selalu makan luar la, cuma dpt la dia mkan kedai best2 bini pun kena la sekali sekala belanja family makan best,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 02:32 PM | Show all posts
kalau gitu baek ko makan manhattan fish ka. sukiya ka... idok le cecah ribu2
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 02:43 PM | Show all posts
makan jela kat kedai makan ko dulu
lambai-lambai
eh ada lagi ke

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan Tony Roma TGIF Chillies pun idok semahal itu
Platter baru berapa jahhh
Kalau makan berdua bertiga lah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 03:56 PM | Show all posts
dengan jaket hijau mcm atlet negara
dia ni pakai apa nampak pasar malam
duk diam2 jer la
dah expired dah depa laki bini ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 04:02 PM | Show all posts
Baik le makan kat De'Wan tu sedap dan berbaloi2
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
20 org makan, suami pulak retis, ok jah harga macam tu. Siakap, ketam, siput...bkn ikan termenung
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Theyols makan 20 org noks. Banyak gak lauknya..

I haritu makan berdua kt JB, RM150 kot, nasi goreng seafood 3 + udang besar 4 ekor masak sambal + kangkung goreng. Mujur sedap. Tp masa nk memilih tu iols dh tya siap2 berapa.

Harga seafood mmg keras sekarang. Makan siakap kt kedai tomyam pun mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 11:23 PM | Show all posts
iols makan lobster sekor rm250 dekat kota kinabalu...
tak sedap langsung... makan berempat pun tak habes...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 11:53 PM | Show all posts
SedihPedih replied at 4-10-2023 09:56 PM
Theyols makan 20 org noks. Banyak gak lauknya..

I haritu makan berdua kt JB, RM150 kot, nasi goreng ...

oooo...20 orang makan...i thought depa berdua jah...kalau 20 org makan rega macam tu okey je...apa nak kecoh?  nak makan sedap2 tapi kudukuts nak bayo...makan shell out untuk 11-13 org makan pun rega seribu lebih jugak...nak murah2 rega tiga empat ratus seafood untuk 20 org makan, nkau beli kat pasar, pakat2 masak sendiri...

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 4-10-2023 12:29 PM
pembacagosip replied at 4-10-2023 02:43 AM
makan jela kat kedai makan ko dulu
lambai-lambai
eh ada lagi ke

Semua bisnes mereka dah bungkus, kan. Teringat dulu Mawi ada jual produk air zam-zam. Dasat dia menunggang.

  

Hari ni mereka pi balai polis buat report.


Takkan mereka buat report pasal kes kena caj mahal kat kedai makan?

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat report polis pasal ni ke wei
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 12:43 AM | Show all posts
asamfish replied at 4-10-2023 11:53 PM
oooo...20 orang makan...i thought depa berdua jah...kalau 20 org makan rega macam tu okey je...apa ...

Masih mahal juga sebab kakak I cakap portion kedai tu kecik tak padan dengan harga.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073822 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list