View: 9179|Reply: 4
|
[Tempatan]
Kesesakan ketika beratur jadi punca bergaduh ketika beli nombor ekor di Klang
[Copy link]
|
|
KLANG – Kesesakan ketika beratur membeli nombor ekor menjadi punca pergaduhan melibatkan lima individu di sebuah kedai nombor ramalan di Taman Klang Utama di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang melibatkan empat lelaki dan seorang wanita itu kira-kira pukul 5.47 petang.
Katanya, semua yang terlibat dalam pergaduhan terbabit akan dipanggil polis bagi membantu siasatan.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan kekal tenang dan tidak membuat komen negatif yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya hari ini.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan insiden kekecohan berlaku di sebuah premis akibat pergaduhan melibatkan beberapa individu.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menang ke pun.. ponek jah berato beli.. baik tido lg best |
|
|
|
|
|
|
|
Yang melayu belasah OKU
Yang Cina gaduh pasal potong queue |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 21-1-2025 12:02 AM
Yang melayu belasah OKU
Yang Cina gaduh pasal potong queue
Lenlain..."kita minum dulu". |
|
|
|
|
|
|
| |
|