CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3222|Reply: 3

[Tempatan] WiFi mengecewakan, peralatan sains dan makmal rosak - Pelajar SMK FELDA Chemomoi

[Copy link]
Post time 3-10-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode
WiFi mengecewakan, peralatan sains dan makmal rosak - Pelajar SMK FELDA Chemomoi

https://www.bharian.com.my/berit ... k-pelajar-smk-felda

Oleh Fahmy A Rosli - Oktober 3, 2023 @ 4:29pm
[email protected]


Fadhlina ketika sesi libat urus hala tuju sekolah di kawasan tanah rancangan FELDA di SMK FELDA Chemomoi. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

BENTONG: Isu kemudahan sekolah dalam kawasan FELDA Chemomoi dan FELDA Kemasul yang masih terkebelakang serta tidak mencukupi, antara aduan dibangkitkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melalui sesi libat urus hari ini.

Sesi berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Chemomoi itu disertai lebih 200 hadirin antaranya membabitkan wakil Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), selain wakil FELDA, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru dan pelajar.

Wakil pelajar SMK Felda Chemomoi, Mohd Ikram Azman, berkata kebanyakan sekolah di kawasan tanah rancangan itu ketinggalan dari segi kemudahan dan peralatan dan ia memberi kesan terhadap sesi pembelajaran.

Pelajar itu turut menyenaraikan kemudahan dan peralatan tidak mencukupi seperti skrin LCD (paparan kristal cecair), perkhidmatan WiFi yang mengecewakan serta kekurangan peralatan sains dalam fasiliti makmal.

Dia juga bimbang keadaan itu akan menyebabkan pelajar sepertinya ketinggalan berbanding mereka yang bersekolah di bandar, sambil menambah KPM mempunyai kemampuan untuk menambah infrastruktur di sekolahnya itu.

"Saya bawa suara pelajar SMK Felda Chemomoi. Kami banyak ketinggalan dari segi PdPc (Pembelajaran dan Pemudahcaraan) untuk menggunakan kemudahan sama macam sekolah di bandar.

"Sekolah kami tidak mempunyai kemudahan LCD mencukupi. Ia terbukti apabila kami dari kelab berbeza perlu berebut dengan kelas lain untuk belajar dengan lebih efisien.

"Kemudahan WiFi sekolah kami juga mengecewakan. Ia memberi kesan kerana semua permohonan sekarang kena dibuat dalam talian. Kalau (WiFi) laju kami boleh belajar dengan mudah untuk cari maklumat (contohnya) berkenaan (kemasukan) institut pengajian tinggi (IPT) untuk sambung belajar.

"Selain itu, kemudahan peralatan Sains juga kurang. Susah nak jalankan eksperimen dalam silibus pembelajaran kerana peralatan tidak cukup. Ada juga peralatan rosak kerana memerlukan kos besar (untuk dibaiki atau diganti)," katanya.

Wakil dari FELDA Kemasul, Kamarul Syuhada Busu Piah, memohon KPM meningkatkan kemudahan infrastruktur sekolah di tanah rancangan itu mencakupi hal membabitkan bilik darjah, tandas dan makmal komputer.

Sepatutnya, beliau berkata kemudahan itu di sekolah terbabit lebih moden bahkan setaraf dengan fasiliti di sekolah dalam kawasan bandar.

Seorang guru pula mencadangkan KPM mewujudkan pengajian Tingkatan Enam di sekolah dalam kawasan FELDA sekitar Pelangai.

Salahuddin Mohd Salleh yang mengajar di SMK Felda Chemomoi, berkata ketika ini ada pelajar terpaksa menelusuri perjalanan sejauh 80 kilometer (km) untuk menyambung pengajian Tingkatan Enam.

"Berkenaan Tingkatan Enam, di Simpang Pelangi pun tidak ada. Pelajar kami terpaksa pergi jauh 80km ke Bentong untuk belajar, perkhidmatan bas pun tidak ada.

"Saya bimbang keadaan ini memungkinkan mereka tidak lagi minat untuk sambung Tingkatan Enam. Saya harap SMK (Felda Chemomoi) ini ada Tingkatan Enam," katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengakui apa dibangkitkan itu sememangnya relevan sambil memberi jaminan akan memberikan tumpuan kepada isu terbabit untuk diselesaikan.

"Insya-Allah, setakat ini apa kita lakukan di KPM adalah untuk memastikan tiada anak-anak dipinggirkan, melalui usaha sedaya upaya kita bagi memastikan semua yang kita hasratkan ini, benar dapat memanfaatkan semua anak-anak kita," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu peralatan makmal, kekurangan sumber pdp mmg selalu wujud kt mana2 sekolah. Puncanya pembekal letak harga terlalu tinggi. X mampu nk bayar dgn duit peruntukan panitia yg sedia ada
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya kena sllu buat PRK utk dptkan peruntukan ke acaner? Ataupun peruntukan dah ada tp kena tggu kat mana yg nk buat PRK. So, malang la sek yg x pernah jumpa PRK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057998 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list