CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6245|Reply: 6

[Politik] Apabila cakap mesti buat, bukan sebaliknya – Ahmad Zahid

  [Copy link]
Post time 2-10-2023 07:02 AM | Show all posts |Read mode
Apabila cakap mesti buat, bukan sebaliknya – Ahmad Zahid


Ahmad Zahid berucap pada perjumpaan khas bersama kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA


PUTRAJAYA – “Apabila kita bercakap (mengenai parti lain), itu yang kita (sepatutnya) lakukan, bukannya melakukan perkara sebaliknya,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung keputusan Pas yang tidak mempertandingkan lima jawatan utamanya pada pemilihan parti, bulan depan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau secara peribadi tidak mahu mencampuri soal terkait pemilihan parti lain.

Menurutnya, UMNO tidak melakukan perkara seumpama itu malah, amat terbuka apabila ada pemilihan dalam parti.

“Apabila kita bawa resolusi (tiada pemilihan parti), ia akan dibawa di Perhimpunan Agung UMNO terlebih dahulu. Tetapi parti berkenaan tidak melakukan sebegitu.

“Sebaliknya ia dilakukan ikut satu perintah daripada pemimpin utamanya. Itu pun mereka masih katakan mereka telah membuat pendekatan yang cukup islamik,” katanya ketika ditemui selepas program Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

Menurutnya, lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengambil alih teraju kepimpinan Pas daripada mantan presiden Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor pada 2002, sekali gus menjadi pemimpin nombor satu paling lama menyandang jawatan berkenaan.

Malah, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula memegang jawatan Timbalan Presiden Pas sejak 2015. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... liknya-ahmad-zahid/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
yer...tau,tau,faham,faham..hang memang bkn jenis main hembus jer...tangn tu memang laju 'bekerja'...(komen drp baca tajuk jer).
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 03:42 PM | Show all posts
terbaik kerajaan perpaduan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada yang purcaya dia selepas DNAA ???
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang undi heols dekat bagan datuk memang bangang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu wak. Hidup wak. Bakal PM11
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2023 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak dah suci. Sesuci embun pagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.086585 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list