CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9886|Reply: 0

[Kedah] Cuaca buruk, Feri bawa 472 penumpang dari Langkawi patah balik

[Copy link]
Post time 26-9-2023 12:34 AM | Show all posts |Read mode
Cuaca buruk, Feri bawa 472 penumpang dari Langkawi patah balik

25 September 2023   10:19pm







Gambar fail.




ALOR SETAR - Feri yang membawa 472 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah pada jam 4 petang tadi terpaksa berpatah balik kerana cuaca buruk berikutan ribut dan ombak tinggi.

Sehubungan itu, Penolong Pengurus Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Left Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, trip laluan dari Langkawi -Kuala Kedah- Langkawi pada jam 4 petang dan 7 malam ini terpaksa dibatalkan.

"Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd telah menyediakan trip tambahan untuk pilihan kepada penumpang yang ingin menaiki trip laluan ke Pulau Langkawi - Kuala Perlis pada jam 7.30 malam ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Norhafiz berkata, trip laluan dari Kuala Kedah bagi jam 7 pagi esok juga dibatalkan akibat cuaca buruk itu.

Katanya, ketinggian ombak lebih kurang 3.0 meter boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri dan bot kecil.



Beliau berkata penumpang yang ingin menukarkan tarikh dan masa perjalanan untuk hari berikutnya boleh berbuat demikian dan pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dialami.

-- BERNAMA
sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.128333 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list