Rombakan kabinet 'besar-besaran' dalam masa terdekat - Sumber
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Sep 22, 2023 7:43 PM
Dikemaskini: 8:05 PM
4
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikatakan bersedia membuat rombakan kabinet secara besar-besaran dalam masa terdekat ketika timbul desas desus mengenai kemungkinan perkara itu.
Menurut satu sumber terdekat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Anwar sedang menyusun rombakan kabinet termasuk menukar ketua-ketua setiausaha (KSU) beberapa kementerian.
"Dengan selesainya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kerajaan terus stabil berbanding propaganda dicanang Perikatan Nasional (PN). Ini termasuk dukungan Sabah dan Sarawak terus kukuh.
"Perdana menteri kini fokus kepada kerajaan untuk berfungsi melaksanakan dasar-dasar utama seperti RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), Bajet 2024 pada Oktober, polisi tenaga dan kos sara hidup.
"Oleh demikian Anwar akan melakukan rombakan kabinet, KSU, anggota birokrasi, kakitangan awam, bahkan pejabat beliau sendiri," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan spekulasi mengenai rombakan kabinet untuk menggantikan menteri yang tidak berprestasi.
Laporan itu juga mendakwa rombakan itu akan turut membabitkan ketua setiausaha dan ketua pengarah di beberapa kementerian.
Sementara itu, sumber itu berkata rombakan akan dilakukan Anwar bagi memperkemaskan penambahbaikan dalam usaha komunikasi kerajaan.
"Misalnya jentera hebahan atau penerangan dilihat tertinggal berbanding PN. Proses rombakan masih disusunkan. Akan dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya.
Post time 23-9-2023 11:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Rombak lee tara mana pun.. tuko tuko position aje pun.. hari ni mat sabu jd menteli pertanian esok dia jd menteli pendidikan .. itu ajelaa . So nothing yg new . Bung jahit tetap leh mencuri mcm biasa . Hahaha
hint fahmi fagzil bakal kena terajang ngan madanone
Sementara itu, sumber itu berkata rombakan akan dilakukan Anwar bagi memperkemaskan penambahbaikan dalam usaha komunikasi kerajaan.
"Misalnya jentera hebahan atau penerangan dilihat tertinggal berbanding PN. Proses rombakan masih disusunkan. Akan dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya.
Post time 23-9-2023 01:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by pu3_rania at 23-9-2023 01:10 PM
ChildrenOfBodom replied at 23-9-2023 11:37 AM
hint fahmi fagzil bakal kena terajang ngan madanone
Sementara itu, sumber itu berkata rombakan akan ...
Fahmi Fadzil lebih bagus dari si hanat Annuar Musa semasa jadi Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mana langsung tak menjaga kebajikan pekerja tapi lebih banyak menyusahkan staffs dengan maki hamun giler dia
Fahmi Fadzil mesra dengan staffs dan ada jasa yang telah dia buat kepada contract staffs
Kalau si madanone ni tendang Fahmi Fadzil ni seeloknya diri ko tu sendiri pun patut di tendang juga yang tak nampak banyak manfaat yang dah ko bagi kepada rakyat
Si Joker Lapiji Lamli tu yang seharusnya di tendang awal2 & Mat Sabu pun sama juga
So, rombak kabinet ni dgn humban keluar yg dinasour yg asyik meratib salahkan raykat dan sembangg pigiss terbang ker atau sekadar recycle reuse tukar portfolio jahhh?