CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7098|Reply: 5

Polis Serbu Penjara Dilengkapi Disko, Kolam Renang, Kasino Mini

[Copy link]
Post time 22-9-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Maracay, Venezuela – Pihak berkuasa Venezuela semalam  mempamerkan berpuluh-puluh mesin melombong Bitcoin dan senjata berat seperti pelancar roket serta grenad dari sebuah penjara yang dirampas semula daripada penguasaan geng penjenayah.


Lebih 11,000 polis dan askar yang dibantu sebilangan kereta kebal serta kenderaan perisai menyerbu Penjara Tocoron di utara Venezuela kelmarin.


UNIT khas polis mengawal senjata dan peluru yang dirampas di luar Penjara Tocoron semalam. – AFP




Penjara itu sudah lama  menjadi pangkalan geng Tren de Aragua yang beroperasi di Venezuela dan negara-negara Amerika Latin yang lain.


Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman, Remigio Ceballos memberitahu wartawan bahawa empat pengawal penjara telah ditangkap kerana disyaki berkomplot dengan anggota-anggota geng berkenaan yang hidup sebagai banduan.


“Tidak akan ada pengecualian. Kami akan membanteras semua penjenayah dan konco mereka,” kata Ceballos yang memuji kejayaan operasi tersebut.


Selepas mengisytiharkan mengambil alih kawalan Penjara Tocoron, kerajaan mula memindahkan seramai 1,600 banduannya ke beberapa lokasi lain.


Penjara itu dilengkapi kemudahan haram seperti sebuah zoo, kolam mandi, kasino mini, disko, padang besbal dan restoran. – AFP




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 02:41 PM | Show all posts
LoL siap ada restoran
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Zoo nk buat apa? Rajin plak nk feed binate hhahha
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 03:07 PM | Show all posts
hareeeesah replied at 22-9-2023 03:06 PM
Zoo nk buat apa? Rajin plak nk feed binate hhahha

bela binantang buas, senang nak hapuskan mayat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 22-9-2023 03:07 PM
bela binantang buas, senang nak hapuskan mayat

Owh ye juga.. iols membayangkn mcm pet shop binatang mostly tidur je hahah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 08:21 PM | Show all posts
jabatan audit korup ka? takde check dlm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050221 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list