CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3833|Reply: 2

"Manusia Tak Ada Otak!" Wanita Dakwa Pemandu Saga Sengaja Letak Sampah Atas But Kereta, Biar Terabur Atas Jalan

[Copy link]
Post time 19-9-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Sejenis manusia yang tak ada otak! Kapsyen yang ditulis oleh pengguna TikTok bagi meluahkan rasa marah terhadap pemandu sebuah kereta yang didakwa sengaja membuang sampah di atas jalan raya.


Menerusi perkongsian sekeping foto oleh seorang wanita, kelihatan bungkusan plastik yang berisi sampah berada di atas but sebuah kereta Proton Saga berwarna merah.


Dakwa wanita itu, pemandu Proton Saga berkenaan sengaja meletakkan bungkusan sampah di atas but kereta dengan harapan ia akan jatuh dengan sendiri di mana-mana lokasi.








"Ramai juga kat kawasan kampung, aku perhati memang ada sejenis manusia macam ni yang tak ada otak. Bukan lupa sampah kat atas but tu.


"Tapi memang sengaja letak untuk dijatuhkan kat mana-mana pun. Lepas tu macam tak ada rasa bersalah langsung buat macam ni.


"Dia bawa 'jalan-jalan' sampah tu. Lepas tu dia memang nak sampah tu jatuh kat mana-mana. Boleh tengok video sebelah," ujar wanita itu.


Wanita itu turut memuat naik video memaparkan bungkusan sampah itu jatuh tergolek ke atas jalan raya ketika kereta tersebut sedang dipandu di kawasan kampung.


"Kalau ada motor betul-betul ikut belakang (kereta) dia ni, tak pasal-pasal kena elak. Kalau tak sempat elak, boleh kemalangan, dah menyusahkan orang lain."


Menurut pemilik akaun TikTok itu, ia bukanlah kejadian pertama, sebaliknya sudah beberapa kali dia menyaksikan taktik kotor itu berlaku di kampungnya.


"Orang sini banyak kali aku nampak buat macam ni. Kadang sampah plastik hitam besar tu buat macam tu. So what's the point?


"Yang pernah nampak je tahu. Bukan dia bawa pergi tong sampah depan lorong rumah dia. Tapi sengaja biarkan untuk jatuh. Aku dah banyak kali tengok orang macam ni. Sini kawasan kampung," ujarnya lagi.


Di ruangan komen, netizen turut menyelar tindakan pemandu kereta Proton Saga itu, malah ada yang turut berkongsi pengalaman serupa yang dihadapi sebelum ini.


"B40 kebal undang-undang. Tak ada cukai jalan dan insuran pun salah kerajaan. Nak buat macam mana kalau dah kebal?


"Memang ada jenis macam ni. ada yang letak kat depan dan jalan, lepas tu sampah tu jatuh atas jalan raya. Pelik tapi benar.


"Duduk area kampung ramai je perangai macam ni. Lepas tu banyak la plastik sampah sepah atas jalan," komen beberapa individu.


Namun, tetap ada segelintir netizen yang mempertahankan tindakan pemandu Proton Saga itu dan menganggap apa yang berlaku adalah tidak disengajakan.


"Laki saya pun buat macam tu, tak nak kereta berbau.


"Jangan macam tu aku pun buat macam ni sementara nak pergi buang dalam tong sampah besar," tulis netizen lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 11:45 AM | Show all posts
benda ni mmg byk
better gak jatuh kat jalan dari spesis yg sumbat semua ke sungai lagi haru.. menimbun sampai banjir dia dtg balik byk2
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:37 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045049 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list