CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4560|Reply: 14

Lelaki Mati Patah Leher, Kena Hempap Barbell 100kg Di Gim

[Copy link]
Post time 19-9-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki berusia 25 tahun mati akibat lehernya patah selepas dihempap dengan barbell seberat 100 kilogram (kg).


Mangsa yang dikenali sebagai Zhang, bergelut mengangkat barbell lebih 100kg tanpa pemantauan, di gim pada kira-kira pukul 3 petang Khamis lalu.


Kejadian mengerikan itu berlaku di sebuah gim di Wuhan, China.


Foto: Weibo




Barbell yang beratnya kira-kira 50kg pada setiap hujung, terkena dadanya sebelum ke bahagian leher, dan seterusnya menekan kepala mangsa ke bangku.


Dalam tempoh 25 saat, Zhang cuba untuk menyelamatkan diri dengan menanggalkan tali pinggang angkat berat yang dipakainya.


Bagaimanapun, dia kemudian mengalami kekejangan yang teruk dan tiba-tiba sukar bernafas.


Keadaan Zhang hanya disedari orang lain lebih seminit kemudian. Dua pekerja gim berlari ke arah Zhang untuk mengangkat barbell berkenaan.


Zhang dikejarkan ke hospital, namun dia kemudian disahkan meninggal dunia.


Seorang wakil Kelab Kecergasan Wuhan Pafik berkata, Zhang pernah dilihat berkunjung ke gim itu.


Namun, tidak dipastikan sebab Zhang mengangkat barbell 100kg tanpa pemantauan, dan polis kini menyiasat kes berkenaan.


Sebelum ini, kejadian sama berlaku di Bali, Indonesia, di mana jurulatih kecergasan, Justyn Vicky, 33, meninggal dunia akibat patah leher ketika cuba mengangkat barbell hampir 210kg. - CARI


Sumber: The Straits Times/ANN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm aku selalu terpk ttg mende ni kalu tgok clip yg lalu lalang kat ig tu..buat terlepas pastu jatuh..eeee seram... huhuhuhu...da la berat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:56 PM | Show all posts
this is why utk angkat barbell ni kena gym buddy standby kt kepala
standby klu jd perkara mcm ni blh cpt2 tlh angkat & alih
bkknya sua kepala engkau kt die




Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:58 PM | Show all posts
aritu nampak satu kes yang sama kat indonesia di tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Barbell kalau 50kg pd setiap hujung beratnya 120kg bukan 100kg. batang barbell kosong 20kg
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
muntahijo replied at 19-9-2023 12:58 PM
aritu nampak satu kes yang sama kat indonesia di tiktok

justin tu buat squat 210kg. ada spotter tp mungkin salah teknik. yg ni xde spotter langsung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
aku haritu buat barbell bench press, xcukup tenaga/kekuatan nak push so terlepas dr tangan, hempap perut. seminggu perut sakit mcm kena tumbuk. takut juga masa tu kl2 ada pendarahan dalaman
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:09 PM | Show all posts
Yang dia pergi lentikkan badan tu dah kenapa? Kan dah melorot natang tu ke leher beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 04:47 PM | Show all posts
kena guna power rack bila berat sangat ni, ada spotter pun kadang bkn blh harap sangat
ikut tom platz buat byk reps lg bagus dari angkat beban yg terlampau berat
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm ada jgk kes sblm ni mcm ni
ke kes sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukan bodoh mcm ni tak usah lah buat.
Kauorang pergi ambil parang ke, ambil cangkul ke....pergi la melambuk tanah kat belakang rumah....tanam pokok. Ada juga faedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Body builder ke, weight lifter ke.....body berketak-ketak.....tak de la aku nak kagum. Gelihati ada. Bila lengan lebih besar dari badan.....kelakar betul aku tengok. Mcm kartun Popeye
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 19-9-2023 05:35 PM
Sukan bodoh mcm ni tak usah lah buat.
Kauorang pergi ambil parang ke, ambil cangkul ke....pergi la m ...

Yeppp.. sukan angkst berat ni bg aku sukan plg bahaya.. nak kata bodo kang ade yg marah plk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pun setam jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:37 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045953 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list