CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2823|Reply: 7

Watie Dapat Offer, Shuib Tak Izin Isteri Dan Anak Berlakon

[Copy link]
Post time 18-9-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Isteri Shuib, Watie memberitahu dia pernah mendapat tawaran untuk berlakon dari syarikat Zeel Productions baru-baru ini.


Namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan atas permintaan suami sendiri.


Foto: IG




"Ada tawaran berlakon bersama Talita (anak Shuib). Tetapi awal-awal lagi dah ditolak oleh suami. Mereka dah berikan skrip, tetapi saya terpaksa tolak.


"Shuib kata kalau buat review atau iklan boleh, tetapi tidak untuk sebarang program televisyen," katanya kepada mStar.


  



Tambah Watie, anak tirinya iaitu Zhaira Talita Zahra, 9, juga memasang impian untuk beraksi di hadapan kamera.


Meskipun pihak produksi bersetuju mengikut jadual namun Shuib menasihati supaya tidak menerima kerana tahu akan beban masa serta tenaga di lokasi.


  



"Talita memang nak sangat berlakon. Tetapi suami tak mahu biasa anak dengan dunia berlakon.


"Dia tahu bagaimana sibuknya menjadi seorang pelakon dengan jadual di lokasi. Walau produksi setuju ikut jadual Talita, ayahnya tetap berkata tidak," ujarnya.


  



Sementara itu Watie juga memberitahu dia kini semakin membiasakan diri menjadi perhatian ramai selepas bernikah dengan Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, pada 24 Jun lalu.


Biarpun ada segelintir yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka, Watie percaya apa yang lebih penting baginya adalah kegembiraan suami dan anak-anak.


  



"Tak kisahlah jika ada yang kurang suka dengan saya. Apa yang penting suami dan anak-anak suka. Saya tak boleh nak buat semua orang suka dengan saya.


"Saya pun malas nak fikir masalah lain. Lebih baik fokus kepada keluarga," ujarnya.


Untuk rekod Shuib juga memiliki tiga cahaya mata lain bersama Allahyaram Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 05:17 PM | Show all posts
Finally ada juga citer pasal WASOHAi hari ini.. ekekeke cuollss teruja tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai production mana pula beriya nak amik dia ni. cringe
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung la jadi mak tiri instant anak2 dh besar, klu kne jaga yg baby tu, ntah sempat tk laki bini nk buat content.. mak soeb mmg tk nk lepas kn si bongsu tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:08 PM | Show all posts
Foto-fotonya sangat cantik dan Drift Boss menakjubkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:10 PM | Show all posts
untung la ib bini lawa dapat offer berlakon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2023 01:07 PM | Show all posts
tengok lah nanti... hujung2 berlakon juga nanti tuh. tu jer cara nak kekal relevan dalam industri. kita tengok setakat mana permainannya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 03:07 PM | Show all posts
syok sendiri kah tu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.163107 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list