CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14345|Reply: 121

'JKM, Tolonglah Saya' - Zaiton Sameon

[Copy link]
Post time 17-9-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon, 67, amat memerlukan bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengurangkan bebanan kos sara hidupnya.


Zaiton berkata, dia kini dalam kesusahan dan amat memerlukan bantuan kewangan daripada JKM tetapi tidak tahu bagaimana prosedurnya dan berharap pihak JKM dapat membantu.






"Tawaran persembahan menyanyi sekarang dah tak banyak. Begitu juga perniagaan rendang yang saya buat sebelum ini, sudah lama dihentikan kerana kekangan kewangan dialami.


"Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak, tiada ibu bapa dan tiada semuanya. Kasihan betul hidup saya," katanya yang kini tinggal menumpang di rumah anak angkatnya.


Zaiton berkata, dia juga ada memohon bantuan rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur tahun lalu, namun hingga kini masih tidak mendapat apa-apa jawapan daripada pihak berkenaan.


"Minta bantuan rumah pun tak dapat lagi, beginilah nasib saya. Apapun, saya hanya mampu berdoa serta berharap agar ada pihak daripada JKM dapat membantu. Tolonglah saya," katanya.


Pada 14 November tahun lalu, Zaiton menerima Kad Orang Upaya (OKU) menerusi kategori OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak) daripada JKM Wilayah Persekutuan.


Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan pernah mengalami kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 1990 yang mengakibatkan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun meninggal dunia.


Penyanyi yang merangkul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 1987 ini turut parah di bahagian kepala hingga menyebabkan dia hilang ingatan sementara.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya, betul² tiada harta
anak yg ada tlh meninggal pula
jiran² xde sapa ke yg blh tlg acik ni
mmg masa jadi artis pun tidak kaya ya
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 05:13 PM | Show all posts
airmineral replied at 17-9-2023 05:08 PM
kesiannya, betul² tiada harta
anak yg ada tlh meninggal pula
jiran² xde sapa ke yg blh tlg acik ni ...

kalau ikut drama tv yg buat based on diri dia tu, dia mmg takde duit sebab masa zaman kaya dia joli. tak tau la tu berdasarkan kisah benar ke apa. adik beradik sheols pun dah tua kot, so masing2 jaga diri masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh tak presiden artis atau artis sendri
if sgt2 memerlukan, bg no.acc
pastilan bkn scammer ye!!

mana tau ada peminat2 yg ingin mnymbang
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by watymuchaz at 18-9-2023 07:06 AM

Kalo sebatang kara mcm ni daripada dia mintak rumah baik dia check in rumah orang tua je. Makan minum sakit pening terjaga. Kalau dapat rumah nnt nak kena fikir makan minum,ubat2 an, bil api air lagi. Lgpun dia pemegang kad oku kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmn terus miskin.. duit nyanyi dulu lgsg takde kee.. satu lg dia kan org negeri . Rumah induk tuu kan ke dia boleh duduk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
watymuchaz replied at 17-9-2023 05:26 PM
Kalo sebatang kara mcm ni daripada dia mintam rumah baik dia check in rumah orang tua je. Makan minu ...

Betul ckp hang tuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ainonymous replied at 17-9-2023 05:13 PM
kalau ikut drama tv yg buat based on diri dia tu, dia mmg takde duit sebab masa zaman kaya dia jol ...

Duit royalti takkan takde.. kan ke penyanyi top dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2023 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya… semoga dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 17-9-2023 05:28 PM
Duit royalti takkan takde.. kan ke penyanyi top dia ni

Kalau ada pun berapa sen sgt.. zmn top dulu pun sempat kuar 2 album je.. tu pun bp ketul je lagu yang popular..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga Allah mudahkan urusan dunia and akhirat sheols
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antiQue at 17-9-2023 06:04 PM
Buritan replied at 17-9-2023 05:27 PM
Cmn terus miskin.. duit nyanyi dulu lgsg takde kee.. satu lg dia kan org negeri . Rumah induk tuu ka ...


If you dah hidup zaman tu, you will know dia jadi popular sekejap aja. Dia muncul hujung2 tahun 1980an, tahun 1990 dia dah accident. Jadi penyanyi popular rasanya tak sampai 5 tahun. Lagu pun berapa je yang baru keluar zaman tu. Tak sampai tahap kaya yang boleh sara dia 33 tahun dik..

Hidup ni jangan selalu persoalkan nasib orang. Doa lah yang baik2 untuk dia, utk kita. Mudah2an kita dah tua esok cukup makan pakai tempat tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 06:23 PM | Show all posts
iols rs better dia duduk rumah jagaan org tua under JKM je sbb sebatang kara kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
antiQue replied at 17-9-2023 06:03 PM
If you dah hidup zaman tu, you will know dia jadi popular sekejap aja. Dia muncul hujung2 tahun 19 ...

setuju sgt dgn kata2 uols ni...
2,3 taun sblm ni ada org nk bg bantuan kt dia..tp masa tu dia tolak...dia kata ada duit smpnn lg, tmbhn plak dia jual rendang masa tu...bila skrg dia meminta, rasanya memg dia tgh btul2 susah dan tpaksa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
antiQue replied at 17-9-2023 06:03 PM
If you dah hidup zaman tu, you will know dia jadi popular sekejap aja. Dia muncul hujung2 tahun 19 ...

Idaklee persoal pun.. cuma heran jatuh terduduk teruk sgt.. cam tak leh bangun lgsg...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 17-9-2023 06:23 PM
iols rs better dia duduk rumah jagaan org tua under JKM je sbb sebatang kara kan

Setuju...
Biar ada yg jaga sheol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 17-9-2023 05:38 PM
Kalau ada pun berapa sen sgt.. zmn top dulu pun sempat kuar 2 album je.. tu pun bp ketul je lagu y ...

Ooo ye keee...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
antiQue replied at 17-9-2023 06:03 PM
If you dah hidup zaman tu, you will know dia jadi popular sekejap aja. Dia muncul hujung2 tahun 19 ...

Dia meletop sekitar hujung 87, 88-89 all out show xhenti2, januari 90 masih lg aktif menyanyi, februari 90 dh accident dan hilang segala2nya. Album ms tgh top pun hanya 2 ja. Syarikat rakaman tu pun dh tutup so entahlah boleh claim royalti lagi ke x. Rumah,kereta kena tariklah since xleh continue bayar. Kalau kata sempat meyimpan 100ribu pun masa tu? Tu dh 33 tahun lepas dek.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
antiQue replied at 17-9-2023 06:03 PM
If you dah hidup zaman tu, you will know dia jadi popular sekejap aja. Dia muncul hujung2 tahun 19 ...

Kesian kan tua2 sebatang kara (wpon ada adik badik). Ye dia popular kejap je dlm 2 3 tahun. Wpon kejap je sepanjang tu rajin la upkan diri dgn bergambar berani matik (kalau zaman skrg boleh la nak samakan dgn kak km tu tp kak km lagi langsi)
Kejap je dia kat atas patu terus menjunam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrsLucky at 18-9-2023 03:32 PM

Kalau i 67 tahun consider muda lagi. Mungkin sebab i tengok mak i 76 masih kuat bekerja.

I hope dia dapat bantuan rumah ppr.
Dengan Oku dia dah dapat rm300 kalau tak berkerja dan rm450 kalau bekerja.

Hope ada lah yang sudi ambik dia menyanyi untuk wedding gitu. At least ada juga duit dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058471 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list