View: 15079|Reply: 2
|
Kanak-Kanak Dua Tahun Telan Lapan Jarum
[Copy link]
|
|
Lima, Peru – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berjaya diselamatkan oleh doktor selepas dia menelan lapan batang jarum di sebuah ladang, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya itu sedang bermain di ladang tempat ibunya bekerja dekat Tarapoto, Peru, ketika dia menelan jarum yang digunakan untuk menyuntik lembu.
Imej X-ray mendedahkan kesemua lapan jarum berada di dalam sistem penghadaman pesakit dengan dua sangat dekat dengan rektum dan pundi kencing, manakala sekurang-kurangnya sebatang jarum mencederakan usus kecilnya.
Mangsa dibawa ke hospital II-2 pada 9 September lalu untuk mendapatkan rawatan.
Lapan jarum itu berjaya dikeluarkan dalam pembedahan hampir dua jam oleh pakar bedah, Efraín Salazar Tito.
Kanak-kanak tersebut diletakkan pada diet cecair selama beberapa hari untuk memberi masa supaya usus kecilnya sembuh. Dia dibenarkan pulang beberapa hari kemudian. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|