CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4023|Reply: 0

[Tempatan] Kadar zakat fitrah beras campur perlu dikaji semula - Mufti Kedah

[Copy link]
Post time 5-3-2025 11:51 AM | Show all posts |Read mode

ALOR SETAR: Jabatan Mufti Kedah akan mengkaji semula kadar zakat fitrah pada masa akan datang susulan isu beras putih import dicampur dengan beras putih tempatan.

Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang, berkata sehingga kini tiada kajian menyeluruh dilakukan untuk menentukan kesannya terhadap kadar zakat fitrah walaupun amalan itu didakwa sudah lama berlaku.

"Isu campuran beras import dan tempatan ini sudah lama berlaku. Namun, setakat ini, kita belum menjalankan kajian mendalam.

"Langkah pertama adalah untuk menentukan nisbah campuran sama ada beras tempatan lebih banyak daripada beras import, atau sebaliknya. Kita masih belum mempunyai gambaran penuh," katanya ketika ditemui selepas pengumuman kadar zakat fitrah Kedah bagi tahun 2025, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Zakaria Othman.

Fadzil berkata yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, berkata pihaknya akan menunggu laporan terperinci daripada agensi kerajaan berkaitan sebelum membuat sebarang cadangan.

"Kita mengikuti perkembangan di sana (Pusat) iaitu langkah-langkah untuk melihat secara lebih terperinci berkenaan dengan cara mencampur antara beras tempatan dengan beras import itu.

"Jadi, setelah melihat apa yang akan dilakukan di sana dan kriteria-kriteria yang akan diperlukan barulah kita di sini akan menyusuli melihat dan memberi pandangan. Sehingga itu kadar tersebut kekal," katanya.

Rabu lalu, dilaporkan bahawa Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati kira-kira 50 peratus daripada 5,000 sampel beras import yang dirampas pihak berkuasa dicampur dengan beras putih tempatan.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata penentuan kadar zakat fitrah berdasarkan gred beras akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Majlis Agama Islam masing-masing.

Kadar bagi negeri di Semenanjung Malaysia dikira berdasarkan harga beras putih tempatan, diukur mengikut kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg) beras .

LZNK semalam menetapkan dua kadar zakat fitrah bagi tahun ini iaitu RM7 dan RM14 berbanding tiga kadar tahun lalu.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.041876 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list