CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2394|Reply: 0

8 Pengebom Berani Mati Akhirnya Dihukum

[Copy link]
Post time 16-9-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Brussels: Mahkamah Belgium menjatuhkan hukuman penjara antara 10 tahun sehingga seumur hidup terhadap lapan lelaki yang terbabit serangan pengeboman jihad pada 2016, sekali gus menamatkan perbicaraan jenayah terbesar negara itu.


Pengeboman berani mati itu berlaku pada 22 Mac 2016 di lapangan terbang utama Brussels dan sistem metro yang mengorbankan 32 orang serta menyebabkan trauma berpanjangan mangsa cedera dan keluarga.


Perbicaraan kes bermula pada penghujung tahun lalu di tapak ibu pejabat pakatan tentera NATO yang dijadikan mahkamah, dan berlangsung di bawah kawalan keselamatan ketat.


MANGSA pengeboman Brussels 2016 menghadiri perbicaraan lapan lelaki yang didapati bersalah terbabit serangan itu di mahkamah di Brussels, semalam. FOTO AFP.





Berpuluh mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mangsa dipanggil memberikan bukti emosi sepanjang pendengaran kes.


Warga Perancis, Salah Abdeslam dan warga Belgium-Maghribi, Mohamed Abrini yang turut dihukum penjara seumur hidup oleh Perancis kerana pembunuhan beramai-ramai di Paris pada 2015, adalah penjenayah berprofil tinggi berbanding enam individu lain yang disabitkan kesalahan pada Julai.


Abrini, salah seorang pengebom ditetapkan di lapangan terbang tetapi tidak jadi meletupkan dirinya pada saat akhir, dikenakan hukuman penjara 30 tahun.


Mahkamah memutuskan untuk tidak memberi Abdeslam tempoh penjara tambahan selepas dia dihukum penjara 20 tahun pada 2018 kerana menembak.


Abdeslam yang genap 34 tahun semalam, satu-satunya pelaku yang masih hidup dalam serangan Paris 2015 yang mengorbankan 130 orang.


Dia melarikan diri ke Brussels selepas serangan itu dan bersembunyi selama empat bulan di apartmen yang menempatkan anggota jihad.


Pemuda itu ditangkap beberapa hari sebelum pengeboman Brussels berlaku, namun juri memutuskan Abdeslam juga adalah seorang daripada anggota konspirasi serangan.


Mahkamah Belgium menolak permintaan tertuduh untuk melaksana hukuman di negara terbabit, sebaliknya mereka perlu dihantar ke Perancis untuk menjalani hukuman di sana.


Defendan lain, Osama Krayem yang juga warga Sweden berketurunan Syria pula dihukum penjara seumur hidup bersama Bilal El Makhoukhi dan Oussama Atar.


Atar iaitu komander kanan dalam kumpulan IS yang mengetuai jihad, dibicarakan tanpa kehadiran kerana dianggap sudah meninggal dunia di Syria pada 2017.


Herve Bayingana Muhirwa pula dihukum penjara 10 tahun selepas didapati bersalah menyertai aktiviti kumpulan pengganas, manakala warga Tunisia, Sofien Ayari yang disabitkan atas pertuduhan ringan seperti Abdeslam, tidak dikenakan penjara tambahan kerana hukuman bagi kes terdahulu dianggap mencukupi.


Mahkamah memutuskan untuk tidak melucutkan kewarganegaraan Belgium mana-mana banduan itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.227681 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list