CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4762|Reply: 38

Pembantu Peribadi Jumpa Ular Depan Rumah, Azharina Fikir Positif

[Copy link]
Post time 16-9-2023 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Jika sebelum ini penyanyi Azharina mendedahkan dia pernah terkena sihir sehingga mengalami muntah berdarah yang teruk sehari sebelum konsert final Gegar Vaganza 3 yang disertainya pada tahun 2016.


Kali ini, pelantun suara ‘Elegi Sepi’ ini memberitahu kepada OhBulan! bahawa pembantu peribadinya telah melihat kelibat seekor ular di kawasan hadapan rumahnya.


Menurut Azharina, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang dan disedari oleh pembantu peribadinya selepas pulang menghantar anak-anaknya pergi mengaji. Tambah Azharina, pada waktu itu juga dia tidak berada di rumah kerana perlu menghadiri kelas vokal bersama cikgu Shafi.







"Masa kejadian, pembantu saya baru pulang ke rumah selepas hantar anak-anak pergi mengaji. Dia nampak ada seekor ular di kawasan longkang depan rumah. Terus dia bagitahu pengawal keselamatan. Masa itu, ular tersebut lalu di kawasan rumah jiran saya juga. Mereka terus telefon bomba. Pengawal keselamatan sempat ambil gambar ular.


"Hampir dua jam pihak bomba cari ular itu tapi tak jumpa. Saya tanya ular dari mana? Mereka kata dari seberang (kawasan hutan) berhampiran rumah. Minggu ini ada juga dengar kes ular di kawasan perumahan saya. Saya terus keluarkan air dari kolam ikan rumah sebab takut dia tersumbat dalam kolam. Saya takut sebab dalam rumah ini ada anak saya dua orang," katanya.


Berbicara lebih lanjut, Azharina memberitahu dia berfikiran positif mengenai kejadian yang berlaku meskipun ramai yang mendakwa ianya petanda yang kurang baik.


"Kita memang tak nak percaya pada benda-benda tak elok. Kita anggap benda ni positif sahaja. Sahabat saya suruh anggap ianya sebagai rezeki besar yang nak datang. Kalau ikut apa yang ditulis memang kita risau. Tapi saya lebih risau keselamatan anak-anak dan pembantu saya pada masa ini.


"Sebab saya dah sibuk dan banyak kerja luar. Tinggal mereka sahaja di rumah. Jadi, saya nak kena cari belerang esok untuk pastikan tiada haiwan-haiwan seperti ular di kawasan rumah saya," katanya lagi.


Terdahulu, Azharina turut mendedahkan dia sudah menyerahkan sebanyak 213 senarai lagu kepada pihak produksi untuk dinyanyikan di pentas All Stars Gegar Vaganza. Jelasnya, kesemua 213 lagu itu dia mampu untuk menyanyikannya.


Sekadar info, Azharina antara 10 nama bintang yang diumumkan bakal beraksi di All Stars Gegar Vaganza yang bakal bermula pada 24 September ini.


Selain Azharina, turut berentap ialah Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Noryn Aziz, Aishah, Cliff Umar, Hardy Mirza, Naqiu, Aliff Aziz, Jaclyn Victor dan lima lagi nama bakal diumumkan kelak.




Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kira ni bgtau awal2 la kena sihir kan..esok2 kalau gagal bertanding x dela malu sgt bgtau ni penyebab...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu, Nina kuat sangat percaya mak esah
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
calon juara feveret asterok kah???
asyik cerita dia je hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dulu ada cakap dia Guna mic sendiri yg macam ala2 ada mak esah ke..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Elergi sepi Dan syikin berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2023 12:02 PM | Show all posts
start GV je..bnyk betul citer mak esah dia

baik balik kampung tanam jagung
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Da start dah cerita mastika..

Masa gv3 la kan ada banyak cerita mak esah sampai ibu fauziah nawi pun claim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apapun takde la pelik sangat pun jumpa ular dalam longkang. Anggap benda biasa jelah. Sikit² nak kaitkan dengan apa² petanda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 02:20 PM | Show all posts
dia ni satu spesis ngan nek ecah. macam terpaling lawo macam semua orang nak sihir dia. hahahahhahaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde jumpa daun limau purut, mengkarung, daun bidara kan? So bukan sihir la tu menurut kata litam

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 02:52 PM | Show all posts
ya ampunnnn...nampak ular pun nkau kata sihir.....gile gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Azharina dan kisah mistik berpisah tiada.

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:25 PM | Show all posts
Ok, petanda awal nk bg alasan kalau sore x sedap
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 16-9-2023 10:31 AM
Dari dulu, Nina kuat sangat percaya mak esah

Kan...kejadian2 mcm ni je la modal cerita dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang musim ni banyak "u" merayap, bukan rumah dia aje. Yihhh.. jiran iols tak masuk GV pun ada share baru ni, "u" lepak kat parking eeeee geli nak sebut pun iols kenot!.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 04:25 PM | Show all posts
nasib baik tak cerita dia mimpi ular...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 09:44 AM | Show all posts
Tengok longkang ko tu, bukan takat ular kecik.. anaconda nyorok pun tak nampak nina oiii... penuh sampah & duan-daun..

lagi satu ko kata belakang umah ko hutan.. so takde benda pelik kot ular sesat pun melainkan ko yang memelikkan diri ko sendiri demi publisiti  murehaaannnnn sebelum GV
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 09:45 AM | Show all posts
memang kena kaitkan dgn unsur2 mistik baru nampak pandai kot?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
maharani_gebu replied at 18-9-2023 01:44 AM
Tengok longkang ko tu, bukan takat ular kecik.. anaconda nyorok pun tak nampak nina oiii... p ...

Alaaa... baru nak komen yang sama...

Longkang rumah dia tak bersih.
Kalau meols malu, sebab keluarga, handai taulan semua rajin datang.
So, longkang antara yang perlu bersih.
Tak ada sampah, dan tak berbau.

Nak buat macam longkang kat Jepun tak mampu pulak. Bersih air jernih pekej ikan kap berkeliaran
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.065545 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list