View: 6357|Reply: 40
|
Berang Ditegur Jual Cempedak Goreng Mahal, Peniaga Maut Gaduh Dengan Pelanggan
[Copy link]
|
|
Taiping: Berang akibat ditegur kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal, seorang peniaga maut dalam pergaduhan dengan pelanggan di gerai miliknya berhampiran kedai serbaneka di Assam Kumbang, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata berikutan itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an bagi membantu siasatan.
Terdahulu, katanya, pihaknya menerima laporan berhubung pergaduhan itu pada jam 4.15 petang.
Lokasi kejadian di sebuah gerai di Assam Kumbang, Taiping, Selasa lalu, yang menyaksikan seorang peniaga maut dalam pergaduhan dengan pelanggan. NSTP/Ihsan Pembaca
"Difahamkan, kejadian berpunca daripada mangsa berusia 50-an yang juga peniaga cempedak dan pisang goreng yang menengking pelanggannya kerana menegurnya menjual terlalu mahal.
"Susulan tindakannya itu, berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkan dia maut dipukul di lokasi kejadian.
"Turut dirampas, sebuah topi keledar dan tiga batang kayu yang telah patah," katanya dihubungi.
Razlam berkata, suspek didapati positif dadah morfin dan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini hingga 19 September.
Katanya, pada jam 9.45 pagi Rabu lalu, Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, mengesahkan mangsa maut akibat sakit jantung dan kecederaan tisu lembut pada badan.
"Siasatan lanjut masih dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Terdahulu, tular mengenai pergaduhan itu di aplikasi TikTok 'Azam Aziz' yang mengatakan mangsa maut selepas pergaduhan dengan pelanggan yang dikatakan membelek pisang gorengnya dengan tangan.
Bagaimanapun pihak polis menafikan perkara itu dan menyatakan pergaduhan dipercayai berpunca akibat mangsa memarahi pelanggan yang menegurnya kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
kerana mulot, badan binasa |
|
|
|
|
|
|
|
Pi kedai time lalok gamaknya kena halau. Cempedak mmg mahal sebab dia tak boleh kerat 14 mcm goreng pisang. Eloklah masuk jel kau pun mat pit. |
|
|
|
|
|
|
|
Cempedak memang mahal. Kalau beli sebijik & goreng kat rumah pon ikut nasib, kadang2 ulas sikit je. Cuma aku x berkenan bila penjual balut cempedak dengan tepung tebal sebab nak bagi nampak cempedak tu besar.
Dalam kes ni bukan sebab mulut, tapi sebab dadah. Memang penagih dadah elok mampos je la, menyusahkan masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
dia mati sbb sakit jantung |
|
|
|
|
|
|
|
cempedak mmg mahal.. beli pun gamble ja.. kadang banyk, kadang sikit, aku pernah dapat, takdak isi terus.. seb baik pokok sendiri... kat area rumah aku, peniaga dia cerdik sikit, flat rate rm5, kalau ulas besar dia sikitkan kuantiti buah, kalau ulas kecik2, dia banyakkan kuantiti buah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pulak dah...tred yg asal tu kata sb pegang grg pisang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni cerita yg lain ke dgn yg pelanggan sentuh makanan tu..lokasi kejadian mcm tempat yg sana taiping. |
|
|
|
|
|
|
|
Korban kenaikan harga barang
Zaman najib tak pernah dengar pon orang berbunuh akibat harga mahal |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 16-9-2023 01:08 PM
Korban kenaikan harga barang
Zaman najib tak pernah dengar pon orang berbunuh akibat harga mahal
Tulah.....mcm2 sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak murah tsnam sendiri la cempedek tu...aib baik aku tak makan cempedak...tp main belek makanan dgn jari mmg ptt ditegur la |
|
|
|
|
|
|
|
Terdahulu, tular mengenai pergaduhan itu di aplikasi TikTok 'Azam Aziz' yang mengatakan mangsa maut selepas pergaduhan dengan pelanggan yang dikatakan membelek pisang gorengnya dengan tangan.
Bagaimanapun pihak polis menafikan perkara itu dan menyatakan pergaduhan dipercayai berpunca akibat mangsa memarahi pelanggan yang menegurnya kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal.
|
|
|
|
|
|
|
|
honeybee1802 replied at 16-9-2023 02:14 PM
Nak murah tsnam sendiri la cempedek tu...aib baik aku tak makan cempedak...tp main belek makanan dgn ...
Andainya aku teringin makan cempedak goreng petang ini, kenalah semai biji dahulu dan siram tiap-tiap hari, serta membaja selama 4 tahun, pada tahun 2027 bolehlah aku makan cempedak goreng, andai pohonnya tumbuh dan berbuah. Jika tidak cari saja durian, jika bernasib baik tidak perlu ditanam pohonnya terlebih dahulu.  |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 16-9-2023 02:37 PM
Andainya aku teringin makan cempedak goreng petang ini, kenalah semai biji dahulu dan siram tiap-t ...
Nak seribu daya giteww sis... |
|
|
|
|
|
|
|
Cempedak memang mahal. Rm2 bijik pun 70++ |
|
|
|
|
|
|
|
mama_cat: cempedak mmg mahal.. beli pun ...
Dekat giant kelana jaya 7 biji rm10. Tp bandingkan dgn tahun lepas saiz lg kecik |
|
|
|
|
|
|
|
Rachel_Green replied at 16-9-2023 02:18 PM
Terdahulu, tular mengenai pergaduhan itu di aplikasi TikTok 'Azam Aziz' yang mengatakan mangsa mau ...
pulaaa...
wartawan salah story ke spisis pemalas |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 16-9-2023 02:37 PM
Andainya aku teringin makan cempedak goreng petang ini, kenalah semai biji dahulu dan siram tiap-t ...
Nak suruh dia berbuah, kena baja jenis elok... fuh sedap nya cempedak |
|
|
|
|
|
|
| |
|