CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2816|Reply: 0

[Terengganu] Zoo Rimba Razia tarikan baharu di Kuala Berang

[Copy link]
Post time 13-9-2023 11:15 AM | Show all posts |Read mode

PENGUNJUNG memberi makan kepada seekor rusa di Zoo Rimba, Kampung Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI




HULU TERENGGANU: Kanggaru dan Alpaca antara 80 haiwan yang dipelihara di Zoo Rimba Razia dekat Kampung Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Setakat ini seramai 50,000 orang mengunjungi zoo berkenaan yang beroperasi 15 Julai lepas.

Pemiliknya, Datuk Seri Zakaria Abdul Razak berkata, zoo yang memelihara 80 spesies haiwan itu berkonsepkan ‘patting zoo’ kerana pengunjung berpeluang berinteraksi termasuk memberi makan kepada haiwan.

Katanya, zoo tersebut juga menawarkan percutian berkonsepkan riadah dan santai kepada orang ramai yang ingin melihat pelbagai jenis haiwan yang unik.

Zakaria berkata, antara haiwan yang terdapat di zoo itu adalah unta, alpaca, kanggaru, kuda, keldai, capybara, musang, ular, iguana dan pelbagai jenis burung.

“Kebanyakan haiwan tersebut dibeli dari luar negara seperti Eropah, Jepun dan Thailand serta mesra pengunjung, selain mudah dijaga,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau memberitahu, zoo tersebut terletak di kawasan berkeluasan lebih satu hektar.

Setakat ini, menurutnya, zoo berkenaan mempunyai seramai 20 pekerja termasuk doktor haiwan yang turut memantau tahap kesihatan setiap haiwan tersebut.

Dalam pada itu, Zakaria juga merancang untuk menjadikan zoo berkenaan lebih kondusif kepada pengunjung bagi memastikan mereka berasa lebih selesa dan berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan ditawarkan.

“Kita mahu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pengunjung bagi memastikan mereka sekali lagi datang ke sini setiap kali mengunjungi Kuala Berang atau Terengganu.

“Selain itu, pembukaan zoo ini juga membantu menghidupkan kembali Kuala Berang sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat,” ujasnya.

Selain itu, tambahnya, beliau sebelum ini menternak beberapa jenis haiwan sebagai memenuhi hobinya yang suka membela haiwan.

“Apabila jumlah haiwan dibela itu makin bertambah dan kemudian saya merancang untuk membuka sebuah zoo,” ujarnya.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... ru-di-kuala-berang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056637 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list