CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2766|Reply: 0

[Terengganu] Hukuman ini amat menginsafkan

[Copy link]
Post time 12-9-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Mazura Ngah Abd Manan (Tudung Oren kanan), bersama pelatih yang menjalani hukuman khidmat masyarakat di Kawasan Rekreasi Dataran Pantai Batu Buruk. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Terengganu: "Saya akui guru-guru dan rakan di madrasah terkejut dengan tindakan saya lakukan hingga membawa kepada hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM)," kata seorang pesalah yang mahu dikenali sebagai Wan, 20.

Menurut Wan yang menuntut di salah sebuah madrasah, di sini, dia dijatuhkan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam selepas ditahan atas kesalahan jalan raya.

Katanya, keseronokan melakukan aksi 'superman' membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa.

"Saya kemudian dihadapkan ke mahkamah sebelum dijatuhkan hukuman melakukan khidmat masyarakat.

"Serik dan tidak mungkin saya ulangi kerana perbuatan itu memakan diri selain berasa malu kepada guru dan rakan-rakan berikutan saya adalah pelajar madrasah," katanya.

Wan berkata demikian ketika ditemui melaksanakan khidmat masyarakat dengan membersih sampah di kawasan rekreasi Dataran Pantai Batu Buruk, di sini, hari ini.

Menurutnya, guru dan rakan-rakan di madrasah ada yang terkejut dengan perbuatannya kerana tidak menyangka dia berani melakukan aksi berbahaya.

Katanya, dia mengakui sedikit tertekan, namun akur atas kesalahan dilakukan sebelum ini dan 'bertaubat' tidak akan melakukannya lagi.

"Saya bersyukur memandangkan hanya dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat yang dilihat peluang keduanya untuk berubah," katanya.

Pesalah lain yang mahu dikenali sebagai Muhammad, 21, berkata dia dijatuhkan hukuman kerja khidmat masyarakat atas kesalahan melakukan aksi 'superman' di Kuala Lumpur.

"Keseronokan bersama rakan-rakan meraikan malam tahun baharu di ibu negara membawa padah apabila saya ditahan dan dijatuhkan hukuman 120 jam khidmat masyarakat.

"Perit hukuman ini, memandangkan saya bekerja di Kemaman dan setiap minggu perlu berulang-alik ke Kuala Terengganu untuk melaksanakan hukuman ini.

"Saya juga perlu mengambil cuti sekiranya program yang diatur pada hari bekerja, jadi ianya memberi keinsafan dan kesedaran pada saya supaya tidak sewenangnya melanggar undang-undang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mazura Ngah Abd Manan berkata, sehingga kini seramai 44 pelatih PKM yang aktif di negeri ini.

"Pelatih ini perlu menghabiskan jumlah jam hukuman dengan melakukan kerja khidmat masyarakat dan ianya dilihat sebagai alternatif atau peluang kedua kepada pelatih terbabit.

"Sekiranya pelatih dipenjarakan maka pelbagai stigma dan pandangan masyarakat terhadap mereka. Justeru, PKM ini dilihat membantu pelatih untuk belajar membaiki kesalahan lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-amat-menginsafkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.063134 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list