View: 2193|Reply: 14
|
JKM Tak Nafi Pengemis Asing Meningkat
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menafikan wujud peningkatan jumlah pengemis warga asing di ibu negara bagi lapan bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.
Ia berdasarkan rekod pengemis diselamatkan dalam Operasi Membanteras Pengemisan dijalankan agensi itu bersama pihak berkuasa lain.
Pengarah JKM Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh berkata, seramai 560 pengemis ditahan pada Januari hingga Ogos lalu dengan 380 warga asing manakala 180 rakyat tempatan.
Gambar hiasan
Katanya, jumlah itu berbanding 234 pengemis pada 2022 iaitu 98 bukan warga negara dan 136 lagi pengemis tempatan.
"Mereka ditahan menerusi 63 operasi berjadual dan 14 kali operasi ad hoc yang dibuat berdasarkan aduan awam. Wang pungutan berjaya diperoleh adalah RM9,885, tertinggi setakat ini," katanya.
Mengulas lanjut statistik itu, Che Samsuzuki berkata, 67 daripada pengemis diselamatkan kanak-kanak warga asing, selain 10 pengemis orang kurang upaya (OKU) bukan warga negara.
"Warga emas yang kita dapat selamatkan seramai 75 warga negara, 25 orang bukan warga negara," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan pengemis terutama kanak-kanak warga asing tertakluk di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), menyukarkan tindakan diambil.
"Ini melibatkan dasar. Saranan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selesaikan (masalah ini) dengan UNHCR," katanya.
Menurutnya, JKM juga tidak boleh bertindak agresif terhadap pengemis kategori itu kerana 'perlindungan' di bawah undang-undang antarabangsa.
"Kakitangan awam seperti kita ini tertakluk kepada punca kuasa. Kalau tiada punca kuasa, kita tak boleh nak bertindak. Jadi punca kuasa itu yang diperlukan sekarang ini. Kena ada penyelesaian isu pengemis warga asing yang dilihat semakin menjadi-jadi," katanya.
Che Samsuzuki berkata, pengemis warga asing diselamatkan mempunyai dokumentasi diserahkan kepada Imigresen, manakala pengemis lain ditempatkan di transit gelandangan atau Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh.
Beliau memberitahu operasi bersepadu akan terus dilaksana pihaknya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Katanya, turut dilaksana kempen advokasi Bijak Memberi, Elak Tertipu untuk memberi kesedaran kepada rakyat agar tidak terpedaya dengan pengemis yang mengambil kesempatan, selain menyalurkan aduan ke Talian Kasih 15999.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Turun la padang tengok sendiri..... |
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, JKM juga tidak boleh bertindak agresif terhadap pengemis kategori itu kerana 'perlindungan' di bawah undang-undang antarabangsa.
No wonder la kebal katanya. Bukan ke Malaysia takde sign for UNHCR treaty so tak terpakai kebal tak kebal ni...??? |
|
|
|
|
|
|
|
memang kebal, bawa kenderaan langgar rakyat malaysia xblh claim insurans. dia orang mana ada lesen insurans. kasihan kan jd rakyat ? asyik ditindas je. warga asing di bela di ternak anak emas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Office unhcr dekat jalan bellamy tu dah macam kedutaan rohingya dah
Ermmm dapnye ikan bakar |
|
|
|
|
|
|
|
Leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi |
|
|
|
|
|
|
|
Ke UNHCR yg kerahkan rohingla nih jd pengemis?  |
|
|
|
|
|
|
|
berani sikit la malaysians. dorang baru agah2 mintak derma kita dah kecut. show to them whos the boss here. |
|
|
|
|
|
|
|
kat area ofis i tiber muncul pakcik roghinya jual tissue tp kaki dia jalan senget senget mcmtu..tiberrrrr lakkkkk muncul ..dh la pagi pagi kot. nk drive lelaju.mmg tkde nya org nk beli tissue..i xsimpati langsung wpn i ni jnis cpt tersentuh tp tidakk kt kes kes pengemis mcmni |
|
|
|
|
|
|
|
Kt nsk dh viral, pasal cashier warga asing simpan minyak peket untuk Geng2 die. Gila lah. Rakyat malaysia xdpt minyak sunsidi |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh makan kat kedai, penggemis rohingya rasanya, campak tisu kat meja soh bagi duit memaksa bagi sedekah |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kita takut dengan UNCHR, pengemis warga asing berani |
|
|
|
|
|
|
|
Cashier warga asing bangsa apaNsk patut pecat pekerja warga asing dis tu
Kerja cashier berani buat perangai
Buang je dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Rohingya angkut barang naik basikal bila polis nk ambil tindakan
Btol2 mencemar kn pemandangan
Kite rakyat malaysia pun xangkot barang2 penuh satu basikal masuk jln besar
Satu malaysi dia bwk basikal dia kt jln2 utama |
|
|
|
|
|
|
| |
|