CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10276|Reply: 0

Cara Kurangkan Sakit Gigi Berlubang, Rawatan Di Rumah Tanpa Ubat

[Copy link]
Post time 6-3-2025 12:32 PM | Show all posts |Read mode


MASALAH gigi berlubang memang cukup menyeksakan malah boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang.

Walaupun hanya satu bahagian saja yang sakit, tetapi seluruh badan seolah-olah menerima kesannya.

Mana tidaknya, pesakit mengalami gigi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut yang berpanjangan serta sukar untuk mengunyah makanan.

Menurut portal Hello Doktor, gigi berlubang berpunca daripada masalah pengumpulan plak, tabiat merokok dan sikap kurang peka mengenai penjagaan kebersihan gigi.

Pun begitu, ada petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit sekiranya berdepan masalah gigi berlubang iaitu:

1) Kunyit

Kesakitan gigi boleh diatasi dengan menggunakan bahan semula jadi seperti kunyit.

Kandungan utama kunyit iaitu kurkimin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca kepada pembusukan gigi.

Caranya adalah dengan berkumur larutan air kunyit (kunyit hidup atau serbuk) secara teratur dan kerap.'



2) Limau Nipis

Ia bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan masakan semata-mata, limau nipis yang mengandung nutrien seperti Vitamin C boleh menjadi penawar untuk mengurangkan kesakitan gigi.

Cara penyediaannya mudah iaitu potong limau nipis kepada bahagian-bahagian kecil kemudian perah jus ke dalam bekas.

Selepas itu titiskan sedikit-demi sedikit jus ke atas gigi yang sakit.



3) Tuam menggunakan ais

Ais juga mampu bertindak seperti ubat kebas untuk meredakan kesakitan gigi.

Caranya dengan mengambil beberapa ketul ais lalu masukkan ke dalam plastik atau tuala kecil.

Kemudian tuam di atas pipi bahagian gigi yang sakit.




Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.112922 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list