View: 10002|Reply: 2
|
Wanita Lebih Suka Buka Puasa Di Masjid Sepanjang Ramadan Tapi Bimbang Dilabel Kedekut
[Copy link]
|
|
BAZAR Ramadan pastinya menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa.
Bagi golongan bujang, bazar Ramadan semestinya antara lokasi wajib untuk dikunjungi.
Namun dalam kemeriahan orang ramai berpusu-pusu mengunjungi bazar, ada segelintir umat Islam memilih untuk berbuka puasa di masjid.
Selain mudah untuk solat berjemaah dan mengeratkan silaturahim, kesempatan itu juga diambil untuk menikmati makanan secara percuma.
Seorang wanita yang belum berkahwin turut tidak terkecuali mengambil peluang untuk berbuka puasa di masjid.
"Saya adalah perempuan yang buka puasa di masjid sepanjang Ramadan.
"Saya ni bujang, bekerja dan mampu beli makanan tapi saya memilih untuk makan di masjid," katanya.
Menerusi hantaran di laman sosial, wanita itu turut memaklumkan dia tinggal berjauhan dari keluarga demi peluang pekerjaan di bandar.
Enggan dipandang serong oleh masyarakat, dia tertanya-tanya sama ada tindakannya berbuka puasa di masjid itu adalah tepat atau sebaliknya.
Ini kerana dia tidak mahu dilabel sebagai kedekut hanya kerana menikmati juadah berbuka puasa secara percuma di masjid.
"Adakah orang melihat saya sebagai kedekut? Apakah perspektif kamu?" soalnya.
Rata-rata netizen berpandangan agar wanita berkenaan tidak terlalu bimbang memikirkan kata-kata orang ramai kerana mana-mana umat Islam dialu-alukan berbuka puasa di masjid.
Malah kata mereka, ia juga salah satu cara untuk mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti bermanfaat selain solat berjemaah.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
eloklah tu klu semua ambil pandangan jiran nti masjid dikuasai puak pendatang |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah orang nak kata kedekut pun asalkan dapat berjimat. tapi sambil2 tue hulur2 lah juga ke masjid/surau tue |
|
|
|
|
|
|
| |
|