CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2704|Reply: 10

[Politik] Isu anjing UMNO: MCA minta DAP taubat, minta maaf kerana kini DAP pula digelar anjing suruhan

  [Copy link]
Post time 11-9-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 11-9-2023 02:54 PM



KUALA LUMPUR: DAP digesa memohon maaf kepada MCA kerana pernah menggelarkan parti itu sebagai anjing suruhan UMNO sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berikutan DAP dikatakan mula terkesan dengan kecaman pelbagai pihak yang menggelar parti itu kini sebagai 'anjing UMNO'.

DAP tidak sepatutnya rasa tersinggung apabila ada pihak menggelar mereka sebagai anjing UMNO kerana perkara yang sama pernah mereka buat terhadap MCA.

"Saya gembira mengetahui DAP tidak boleh menerima (kritikan) ini apabila mereka sendiri pernah melakukan lebih teruk selama beberapa dekad.

"Apakah bezanya digelar "anjing suruhan" dengan 'anjing UMNO' hanya kerana mempunyai pandangan jauh untuk mengakui dan menerima realiti politik pada masa itu? Kesedaran DAP terlalu lambat dan mereka kini hanya "meniru" naratif MCA selama ini yang berkorban dan berkompromi demi perpaduan dan keharmonian negara.

"DAP sekarang cuba berlakon menjadi mangsa dan rasa terhina apabila diberi gelaran nama. Daripada meminta Syed Saddiq menarik balik kenyataannya, DAP perlu terlebih dulu 'bertaubat' dengan memohon maaf kepada MCA untuk dicontohi dan diikuti oleh Syed Saddiq.

"DAP mesti menunjukkan penyesalan dan meminta maaf kepada MCA!" DAP mesti "taubat" untuk menjadi bersih dan dipercayai.," katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu reaksi kepada kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang tidak berpuas hati dengan kecaman Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggelar DAP sebagai 'anjing suruhan' Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum itu, bekas ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mengeluarkan kritikan sama terhadap DAP dengan memberi gelaran serupa.

Syahredzan mendakwa kritikan itu menghina beliau sebagai orang Melayu.

Syed Saddiq dan Khairy membuat kenyataan itu apabila pihak pendakwaan memohon melepas tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi, Isnin minggu lalu.

Syed Saddiq kemudian menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan kini menjadi ahli parlimen pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat kerana tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

DAP pernah gelar Zahid Hamidi warga Indon ketika kempen

Lian Ker berkata, DAP tidak perlu terasa dengan kritikan yang dilemparkan kerana parti itu sebelum ini juga menggelar Ahmad Zahid sebagai warga 'Indon' ketika kempen pilihan raya.

"Dalam kempen sebelum pilihan raya, mereka mengajak rakyat supaya tidak mengundi MCA dan Khairy, dengan mendakwa undi untuk MCA dan Khairy adalah undi untuk 'orang Indonesia' merujuk kepada Zahid.

"Serangan dan penghinaan ini sangat berkesan terhadap lawan mereka (UMNO) ketika itu," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1151355/isu-anjing-umno-mca-minta-dap-taubat-minta-maaf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Saling menganjing…
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 03:29 PM | Show all posts
menganjinggg je keje

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt title baru umdog
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mca ni hidup lg ke? Mcm da x de sp vote pun. Sama la dgn mic Dan umno.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidop MCA!  Hidop Nyonya Yeoh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2023 10:27 PM | Show all posts
Bila masa DAP jadi budak suruhan UMNO?

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 11-9-2023 10:42 PM



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2023 10:57 PM | Show all posts
Edited by silencekiller at 11-9-2023 11:11 PM

memalukan DAPig kununn sebuah parti yg ada prinsip ka apa kaa.. wak 47 kes membuktikan memang depa anjing suruhan terbaru umngok..

Bangun laa lawan peliwat tegar.. susah sangat kaa boikot letak semua jawatan tanda protes.. takot KERAjaan jatuh, tak perlu tarik sokongan kepada peliwat tegar.. tu pun tak leh pikiaq... opppss depa musti buleh pikiaq, tapi gila kuasa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus diam tak berkutik DAP

Zaman PH 1.0 ada gak keluarkan statement2 kontroversi

PH2.0 kali ni DAP dah dijinakkan umno
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-9-2023 10:33 PM

Gong, gong, gong, gong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.076473 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list