CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3039|Reply: 0

[Pahang] Sering banjir, penduduk Sungai Sepan rayu Kerajaan Pahang beri penempatan baharu

[Copy link]
Post time 11-9-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Haris Salleh (dua dari kiri) meninjau kawasan Kampung Sungai Sepan yang dilanda banjir baru-baru ini. NSTP/Amir HAmzah Nordin.

JERANTUT : Penduduk yang tinggal berdekatan Sungai Sepan, Batu Balai, dekat sini, memohon kerajaan negeri menyediakan tapak baharu perumahan sebagai pilihan terakhir untuk mereka berpindah susulan kekerapan menghadapi bencana itu sebelum ini.

Ini kerana rumah 11 keluarga yang tinggal di situ ditenggelami banjir lebih empat kali bagi tempoh dua tahun ini dengan kejadian terbaru berlaku pada minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sempadan, Samsuri Salamin, berkata kejadian banjir kilat melanda rumah penduduk yang terletak berdekatan Sungai Sepan ketika hujan lebat berikutan limpahan air daripada dua anak sungai iaitu Sungai Relai dan Sungai Cheka memasuki Sungai Sepan.

"Penduduk terbabit berharap kerajaan negeri dapat menyediakan kawasan perumahan baharu yang lebih selamat untuk mereka membina rumah bagi mengelak sering terbabit banjir seperti dialami sekarang.


"Mereka berdepan banjir dua hingga tiga kali setahun yang menyebabkan kerosakan harta benda dan menjejaskan kehidupan seharian," katanya selepas meninjau kesan banjir dialami penduduk di sini, hari ini.

Turut hadir, wakil Menteri Besar Pahang yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Haris Salleh Hamzah.

Penduduk Kampung Sungai Sepan, Rosmaliza Mohamed Sah, 43, pula berkata keluarganya hidup dalam kebimbangan berlaku banjir pada setiap kali hujan lebat berlaku.

"Kami sudah tidak mampu berdepan kekerapan banjir di kampung ini, malah setiap kali hujan lebat, ahli keluarga kami terpaksa berjaga-jaga kerana bimbang air sungai naik secara mendadak.

"Tahun ini saja sudah dua kali berlaku banjir dan setiap kali banjir, banyak barang rumah rosak, selain kami keletihan membersihkan lumpur yang masuk dalam rumah," katanya.

Sementara itu, Haris Salleh berkata, bagi penyelesaian jangka pendek, usaha pembersihan dan mendalamkan Sungai Sepan akan dilakukan agensi berkaitan bagi melancarkan sistem aliran air ketika hujan lebat, manakala permohonan tapak perumahan baharu pula akan dibawa kepada pengetahuan kerajaan negeri untuk tindakan susulan.
https://www.bharian.com.my/berit ... erajaan-pahang-beri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.445946 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list