CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4048|Reply: 0

[Terengganu] 'Kalau peserta RX-Z Member datang dalam keadaan standard kita tak kacau' - JPJ

[Copy link]
Post time 10-9-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Sebanyak 126 motosikal disita Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu (JPJ) atas pelbagai kesalahan sepanjang sembilan hari Operasi Khas Motosikal (OKM) peringkat negeri Terengganu termasuk peserta Himpunan RX-Z Member 5.0.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, tidak timbul isu pukat-memukat sempena Himpunan RX-Z Member 5.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, yang berakhir semalam.

Menurutnya, motosikal yang disita melakukan pelbagai kesalahan modifikasi ke atas kenderaan antaranya menggunakan ekzos paip, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi atau tiada langsung nombor pendaftaran.

Katanya, terdapat juga motosikal yang disita yang mana nombor casis (body) sudah diganggu dan sekiranya serius, JPJ akan merujuk kes itu ke pihak kimia bagi menentukan kesahihan nombor asalnya.

"Kalau ia membabitkan motosikal yang dilaporkan dicuri, kita akan serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Sekiranya mereka (peserta RX-Z Member 5.0) datang dalam keadaan standard (asal) kita tidak kacau tetapi mereka (segelintir) datang dengan memperlihatkan seolah-olah mencabar undang-undang.

"Terlalu ekstrim, dengan ekzos bising (paip), nombor plat (pendaftaran) tidak mengikut spesifikasi (kecil) atau langsung tiada," katanya pada sidang media di Pejabat JPJ, negeri, di sini, hari ini.

Menurutnya, apabila nombor pendaftaran kecil atau tiada langsung, mereka mudah melakukan sebarang kesalahan kerana kamera papan pemuka kenderaan yang merekodkan kesalahan tidak dapat dianalisa.

Katanya, kesalahan yang direkod papan pemuka kenderaan awam yang dihantar kepada JPJ sukar mengenal pasti pemilik motosikal.

Beliau berkata, ia seolah-olah menunjukkan peserta program berkenaan memperagakan kesalahan dengan nyata kepada pihak penguat kuasa.

Menurutnya, mereka sendiri yang tarik penguat kuasa untuk mengambil tindakan dan perbuatan itu jelas mempunyai niat melanggar undang-undang jalan raya.

"Oleh itu, tiada isu pukat-memukat kepada peserta dan jumlah motosikal yang disita jauh lebih rendah berbanding 40,000 peserta yang hadir.

"Kita memang terbabit dalam mesyuarat bersama penganjur dan meminta mereka mengenakan pematuhan tinggi bagi peserta.

"Untuk kesalahan peserta RXZ Member, kita sita 126 motosikal yang melakukan kesalahan plat kecil, tiada lesen memandu, memandu bawah umur dan motosikal diubahsuai secara ekstrim.

"Kita melaksanakan undang-undang bagi mengurangkan kadar kematian dalam kalangan penunggang motosikal dan tiada isu yang perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak membabitkan program berkenaan," katanya.

Menurutnya, OKM dijalankan bermula 1 hingga 30 September depan, bagi mengurangkan kadar kematian dalam kalangan penunggang motosikal.



Zulkarnain Yasin (kiri) memeriksa motosikal yang ditahan. FOTO GHAZALI KORI

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kita-tak-kacau-jpj

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.215076 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list