CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3067|Reply: 0

[Kelantan] Terima kasih penyumbang, ringankan beban keluarga Adam Aizad

[Copy link]
Post time 10-9-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode

ADAM bersama ibu bapanya.

Kuala Krai: Kehidupan tiga beranak dari Kampung Batu Jong, di sini, bertambah baik apabila pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Kisah keluarga itu menarik perhatian selepas pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga ibu dan bapanya yang sakit.

Muhammad Adam Aizad, 14, menjaga, ibu, Rahayu Daud yang menderita sakit buah pinggang tahap lima, kencing manis dan darah tinggi sehingga menjejaskan penglihatannya.

Pelajar itu turut menjaga keperluan bapanya, Mazlan Latif yang diserang angin ahmar hingga lumpuh sebelah kanan badan pada Ogos tahun lalu.

Rahayu, 49, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin selepas kisah kedaifan mereka mendapat liputan media.

Katanya, sumbangan orang ramai juga membantunya menjalani pembedahan memasukkan manik mata sebelah kiri pada Julai lalu sekali gus membolehkan dia berdikari dan menguruskan suaminya, Mazlan, 59, yang terlantar.

"Sebelum ini kedua-dua penglihatan saya terjejas disebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun kini walaupun hanya sebelah mata saja boleh melihat, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada orang lain apabila anak tunggal kami, Muhammad Adam Aizad ke sekolah.

"Alhamdulillah, pada masa sama, saya juga bersyukur kerana keadaan suami semakin pulih dan tiub susu yang dipasang di hidungnya juga sudah ditanggalkan sejak dua bulan lalu dan boleh makan seperti biasa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Jong, di sini, hari ini.

Terdahulu Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat (YBR), Syaiful Rizal Abdul Ghani menyantuni keluarga berkenaan dan menyampaikan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban ditanggung. Hadir sama, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Rahayu berkata, dia amat terharu kerana YBR sudi datang melihat keadaan mereka sekeluarga dan dengan bantuan yang diberikan itu dapat digunakan untuk membeli keperluan suami yang memerlukan susu khas, rawatan kos dialisis serta barang keperluan harian.

Sementara itu, Syaiful Rizal berkata, bantuan berjumlah RM5,000 yang disampaikan itu diharap dapat mengurangkan beban Rahayu dan suaminya bagi membiayai kos rawatan pemeriksaan susulan, dialisis, dan ubat-ubatan memandangkan mereka tidak mempunyai sumber pendapatan.

"Pada masa sama, saya juga dimaklumkan Muhammad Adam Aizad terpaksa ponteng sekolah untuk mengurus serta menjaga ibu dan bapanya.

"Justeru, saya mengalu-alukan mana-mana pihak atau guru tuisyen yang boleh membantu mengajar Muhammad Adam Aizad belajar di rumahnya dan kosnya akan ditanggung oleh YBR kerana kami tidak mahu dia tercicir dalam pelajaran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... keluarga-adam-aizad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.128185 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list