View: 57529|Reply: 654
|
'Biar Saya Bersihkan Nama Saya Sendiri' - Marissa Dania Hakim
[Copy link]
|
|
"Saya mengaku saya memang salah. Apa yang ditularkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku," kata Marissa Dania Hakim, 18, anak kepada pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim yang namanya menjadi sebutan berikutan kontroversi mengganggu rumah tangga seorang wanita dikenali Misya dengan bekas suaminya, Aslam sehingga berlaku perceraian, baru-baru ini.
Namun, Marissa dalam satu kenyataan hari ini turut mendakwa tidak semua cerita yang didedahkan wanita itu adalah tepat dan kenyataan yang diberikan bukan untuk memuaskan hati semua pihak.
"Tidak adil apabila mendengar cerita satu pihak saja kerana cerita yang dikongsikan bukan 100 peratus tepat, tapi saya tidak perlu meyakinkan dan memuaskan hati semua orang," katanya.
Marissa berkata, apa yang berlaku adalah tanggungjawab dia sepenuhnya selain keluarga sudah memberikan yang terbaik.
"Mereka sudah mendidik, menegur dan menghalang saya daripada semua ini. Semua yang berlaku adalah pilihan saya sendiri. Biar saya bersihkan nama saya sendiri dan bukan ibu bapa saya.
"Saya tidak perlu menjelaskan atau meminta kelulusan daripada netizen. Netizen hanya akan memburukkan lagi keadaan seperti yang anda lihat sekarang. Saya tidak boleh menutup mulut orang. Jadi, jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain," tulisnya.
Menurut Marissa, dia sudah tiada kaitan dengan individu yang mendedahkan kisah terbabit termasuk mengeluarkan kenyataan mengatakan dirinya bersalah dan menjadi punca wanita itu melanggar taklik.
"Antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam saja yang tahu apa yang sebenar-benarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ini sehingga ia berakhir," katanya.
Dalam masa sama, Marissa menafikan dakwaan wanita terbabit yang mengatakan dia meraikan perceraian antara wanita itu dengan bekas suaminya.
"Saya dan Aslam tidak menyambut apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis oleh Umisya di Twitter. Apa yang kami buat sampai dia boleh cakap kami raikan? Salah satu perkara tidak benar yang ditularkan.
"Semua orang mempunyai pandangan berbeza untuk sesuatu benda, tetapi jangan lupa semua orang ada hak untuk bersuara. Begitu juga dengan saya yang bersuara bagi pihak saya," katanya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan Marissa.
Wanita terbabit menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Matang jugak statement dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang dah berlaku tak boleh nak padamkan. So muhasabah diri, minta ampun dengan Allah, dengan parents & semua yang terlibat. Perjalanan kau masih jauh, dik. Jangan diulang kesilapan yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Matang budk ni dri statement mak dia
Duk meroyan je |
|
|
|
|
|
|
|
Terusss kau jadik x cantikkk dah kat mata iols..dengan pangai kuang ajaq kau ni dik nasiblah x kena sepak berjemaah kekdahnya..kalau org lain dah Lama lunyai kalau pangai cam ko ni dik..bakyah x takut ke anak ko kena aim ngan org lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut laras bahasa, rasanya mmg dia yg karang statement ni pastu abg normiang yg approve. Kalau omak yg tulis bkn mcm gini, mau ada unsur2 sarcasm, typo dan nmpk level2 budak sekolah kelas blkg dari keramat |
|
|
|
|
|
|
|
Iols berhati hitam ini karangan dr setajah yebi |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jadi pramugari private plane dan yatch pun ok. Rupa ok. Perangai biatch dah ada. Duit pun mewah. Ini dah terang2 mengaku check in hotel sama2, takde tindakan saman jais ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Bencinya aiols dengan cara kuntrol damage ni acik2 terus lembut hati.
Padan muka kau pi cabar2 mangsa soh viralkan kes. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnya, dia sedar dia buat salah tapi tak rasa berdosa or tak takut dosa dan itulah yang paling menakutkan. Dan aku percaya je dia akan jadi lebih popular lepas ni dan hidup baik2 sahaja setelah menghancurkan kehidupan dua anak kecil. |
|
|
|
|
|
|
|
Dik acik doakan ko panjang umur, moga Allah letakkan ko ditempat isteri teraniaya kelak saat masa tuh ko dah beranak lima supaya ko tau berempati kepada pedih hati seorang
isteri
Sungguh dik hidup kita ni bukan hanya pasal kita, nak hidup dengan baik perlu ada pikiran supaya kita tak ganggu gugat hidup orang lain. Perasaan boleh dikawal dengan akhlak, jika tak mampu menjauh lah bukan mendekat macam cinta ko sorang perlu diambil peduli. 10 tahun lagi ko akan rasa bahawa semua yang ko buat ni sesuatu yang sangat mudarat yang kesan nya bukan pada ko sorang tapi pada 2 jiwa anak skandal ko tuh dikkkk.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo statement mak dia sure ada ayat menurakakan org dah
|
|
|
|
|
|
|
|
ayat ni mungkin dh 10 kali tapis baru di beri pelepasan |
|
|
|
|
|
|
|
SpyLeman replied at 9-9-2023 04:22 PM
Kalau ikut laras bahasa, rasanya mmg dia yg karang statement ni pastu abg normiang yg approve. Kala ...
Iols pun syak dia karang then normiang approved. Normiang nampak lg tenang hadap masalah dr setazah bakyah |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo bila aku tgok video dia bcakap jd aku nengok budak ni xlawa mana. Muka mcm mak dia jela...ebi muka gini la wei... apa yg lebihnya .prngai pun sama mcm prngai mk dia kikiki..cuma beza mk dia byk mulut... marissa pendiam. Diam2 ubi berisi |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla uols yg kluar statement bukan makpak sb da besar panjang kan |
|
|
|
|
|
|
|
pretty privilege at its best. Satu benda je yang dia deny atas tu kan, pasal celebrate tu.
so maknanya betul la birah & jantan tu dah cabar ex wife tu untuk viralkan. Sebab akhirnya dorang yakin netizen akan maafkan dorang bila buat statement macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia hanya menafikan celebrate je kan, so check in betul la.. Tahniah aslam..
cara ayat mengarang ada sedikit ego disitu.. Harap kawin je la ngan aslam tu.. Penat mencaraskan tunjuk kanlah ko dah menang mcm mak tiri ko.. Dasarr penyondol berkata2 acah bagus... |
|
|
|
|
|
|
| |
|