CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 975|Reply: 0

[Terengganu] Peserta RXZ Members 5.0 maut kemalangan di LPT2

[Copy link]
Post time 9-9-2023 12:01 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Chukai: Seorang peserta program RXZ Members 5.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 255.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), selepas Plaza Tol Jabor, sekitar 11.51 pagi hari ini.

Muhammad Luqman Misnan, 30, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan untuk menghadiri program di Gong Badak, Kuala Nerus itu hilang kawalan lalu merempuh dua penunggang motosikal RXZ lain yang berhenti di bahu jalan.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, mangsa terseret sejauh 37.4 meter dari lokasi kejadian dan meninggal dunia.

"Dua penunggang RXZ yang dilanggar mangsa berasal dari Felda Kemasul, Pahang dan Kuala Pilah Negeri Sembilan.

"Penunggang RXZ dari Pahang patah tangan kiri dan kaki kanan manakala seorang lagi, patah tangan kiri. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kemalangan-di-lpt2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.059035 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list