CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2374|Reply: 0

[Terengganu] Budak lincah kini terlantar akibat kanser saraf

[Copy link]
Post time 7-9-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Nor Adibah (kiri) sayu melihat keadaan Tuan Nur Afina Sofea yang menderita kanser saraf ketika ditemui di Kampung Nail, Besut baru-baru ini.

BESUT – Tiada siapa menyangka seorang kanak-kanak perempuan yang sebelum ini cukup ceria dan lincah akhirnya menjadi insan lemah dan tidak berdaya ekoran penyakit kanser saraf atau neuroblastoma yang dialaminya.

Lebih menyedihkan apabila penyakit kanser yang dialami Tuan Nur Afina Sofea Tuan Khalid, 9, itu kini sudah berada di tahap empat.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Adibah Ahmad, 42, berkata, kisah sedih anak bongsu daripada empat beradik itu bermula pada November 2020 apabila Tuan Nur Adina Sofer mengadu me­ngenai tahap penglihatan mata kanannya yang tiba-tiba kabur.

“Rahang kanannya juga membengkak sebelum pemeriksaan doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser saraf.

“Luluh hati saya dan suami (Tuan Khalid Tuan Hamat, 44) untuk menerima kenyataan tersebut, namun kami perlu kuat berdepan ujian ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nail di sini baru-baru ini.

Nor Adibah berkata, keadaan Tuan Nur Afina Sofea kini sema­kin merosot dengan mata kiri dan kepalanya juga membengkak.

Tambahnya, simptom kanser saraf tersebut menyebabkan pergerakan anak perempuannya itu menjadi sangat terbatas.

“Keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat ke sekolah sejak awal semester persekolahan tahun ini.

“Sebelum ini, walaupun tubuh tidak berdaya, dia tetap menggagahkan diri hadir ke sekolah sewaktu berada di darjah dua pada tahun lalu,” katanya.

Nor Adibah berkata, berat badan Tuan Nur Afina Sofea juga menyusut kepada 13 kilogram (kg) setelah menjalani 16 kimoterapi bagi rawatan kanser.

Katanya, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai makan untuk memberi penja­gaan rapi kepada anak bongsu tersebut.

“Selain itu, pekerjaan suami sebagai nelayan juga agak terjejas memandangkan dia terlalu risaukan mengenai keadaan anak bongsunya itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu bagi meringankan beban keluarga ini boleh menyumbang menerusi akaun bank Nor Adibah bernombor 2006361000330941 (Agro Bank) atau menghubunginya di talian 011-25484775.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... kibat-kanser-saraf/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.595979 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list