CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1004|Reply: 1

[Kelantan] Kakitangan awam maut selepas bertumbuk

[Copy link]
Post time 3-9-2023 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 3-9-2023 08:14 PM

Kakitangan awam maut selepas bertumbuk


Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my





Machang: Seorang lelaki dipercayai kakitangan awam dilaporkan maut selepas berlaku pergaduhan di sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala, di sini, pagi tadi.

Mangsa yang berusia 40-an meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Saksi kejadian, Zahid Hasran, 28, berkata, dia melihat dua lelaki berkenaan berbual selama 20 minit sebelum salah seorang daripada mereka memukul dan kemudian saling membalas.

Zahid yang juga pekerja di sebuah kedai membaiki motosikal berkata, dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, dia melihat sebuah kereta sedang menunggu di hadapan kedai menjual dedak yang terletak bersebelahan dengan tempat kerjanya.

Katanya, pada ketika itu, dia tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah mangsa dan seorang lagi lelaki berbincang secara serius namun tidak mendengar dengan jelas apa yang sedang dibincangkan mereka kerana sedang bekerja.

"Tidak beberapa minit kemudian, saya melihat mereka saling bertumbuk dan saya cuba untuk menghalang pergaduhan itu namun tidak berani mendekati kerana mereka terlalu agresif dan saya memberi amaran mahu menghubungi polis.

"Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengendahkan amaran yang diberikan sehingga polis tiba ke lokasi kejadian untuk meleraikan pergaduhan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar menaiki ambulans ke Hospital Machang yang hanya beberapa meter dari lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, saya difahamkan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.



Disiarkan pada: September 3, 2023 @ 5:42pm









ZAHID (kanan) menunjukkan kesan darah mangsa yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala. FOTO Hazira Ahmad Zaidi





sumber

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2023 08:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053292 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list