CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1624|Reply: 0

Silap rumah, penuntut universiti mati ditembak

[Copy link]
Post time 29-8-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode


DONOFRIO ditembak mati dipercayai tersilap masuk ke sebuah rumah. FOTO Agensi

Washington: Seorang pelajar Universiti Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) ditembak mati dipercayai selepas tersilap masuk ke sebuah rumah, Sabtu lalu.

Metro UK melaporkan polis berkata, Nicholas Donofrio, 20, disahkan mati di tempat kejadian di kawasan perumahan di Columbia, pada awal pagi.

Kira-kira 2 pagi, polis Columbia menerima panggilan supaya ke sebuah rumah selepas menerima laporan cubaan pecah rumah.

Semasa pasukan polis itu dalam perjalanan ke lokasi, mereka menerima pula laporan mengenai kejadian tembakan.

Apabila tiba, pegawai polis menemukan seorang lelaki dalam keadaan terbaring di anjung depan rumah, dengan kesan tembakan di bahagian atas dada.



Selepas siasatan awal, polis mengenal pasti mangsa sebagai Donofrio yang tinggal di rumah di jalan sama, terletak kira-kira tiga kilometer dari kampus Universiti Carolina Selatan.

Menurut penyiasat, penuntut universiti itu "nampaknya cuba masuk rumah yang salah".

Donofrio berasal dari Madison, Connecticut. Dia pada asalnya pelajar Universiti New England sebelum berpindah ke Universiti Carolina Selatan, pada 2021, lapor Connecticut Insider.

Pemilik rumah masih belum dikenal pasti, dan tidak jelas sama ada mereka akan menghadapi sebarang pertuduhan. Siasatan masih diteruskan, kata polis.

Carolina Selatan mempunyai undang-undang komprehensif yang secara amnya melindungi penembak yang menggunakan 'kekerasan' di rumah mereka sendiri, menurut Pusat Undang-undang Giffords.

"Undang-undang negeri juga menjadikannya lebih sukar untuk menyiasat kes-kes ini dengan mengehadkan keupayaan penguat kuasa undang-undang untuk menangkap seseorang yang mendakwa bertindak untuk mempertahankan diri," kata kumpulan keganasan antisenjata itu.

Tembakan itu berlaku kira-kira empat bulan selepas Ralph Yarl, pelajar sekolah menengah Kansas City di Missouri, berusia 17 tahun yang cedera ditembak selepas tiba di 'rumah yang salah' untuk menjemput adik lelakinya.


Disiarkan pada: Ogos 29, 2023 @ 12:37pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.086937 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list