CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1276|Reply: 0

Singapura rampas aset S$1 bilion, kukuhkan pertahanan terhadap risiko aktiviti kewangan haram

[Copy link]
Post time 17-8-2023 03:04 PM | Show all posts |Read mode

Gambar dikeluarkan, semalam, menunjukkan wang tunai yang dirampas dalam serbuan polis di Singapura. - Pasukan Polis Singapura via Facebook/Handout via REUTERS

SINGAPURA: Singapura yang merupakan hab kewangan global, kekal terdedah kepada risiko aktiviti pengubahan wang haram/pembiayaan keganasan (ML/TF) transnasional, kata Timbalan Pengarah Urusan (Pengawasan Kewangan) Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Ho Hern Shin.

Beliau dalam satu kenyataan, lewat semalam, berkata justeru MAS dan institusi kewangan perlu terus bekerjasama untuk mengukuhkan pertahanan negara terhadap risiko berkenaan.

MAS selaku bank pusat, mengeluarkan kenyataan itu susulan rampasan aset bernilai kira-kira S$1 bilion, termasuk hartanah, kenderaan, barangan mewah, barang kemas dan jongkong emas, baru-baru ini.

"Kes itu menekankan kewaspadaan dan tindakan pemfailan laporan transaksi (STR) mencurigakan dengan segera oleh institusi kewangan kami, telah membantu pihak berkuasa mengenal pasti mereka yang disyaki melakukan aktiviti terlarang," kata Hern Shin.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan pada Selasa lalu, lebih 400 pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Komersial, Jabatan Siasatan Jenayah, Komando Operasi Khas dan Jabatan Perisikan Polis melakukan serbuan serentak di beberapa lokasi seluruh negara.



Serbuan itu membawa kepada penahanan 10 individu berumur antara 31 hingga 44 tahun yang disyaki terbabit kesalahan pemalsuan dan/atau pengubahan wang haram, serta penentangan terhadap penahanan yang sah.

Menurut SPF, larangan perintah pelupusan dikeluarkan terhadap 94 hartanah serta 50 kenderaan dengan jumlah nilai dianggarkan lebih S$815 juta, meliputi pelbagai perhiasan dan botol minuman keras termasuk wain.

Polis juga menyita lebih 35 akaun bank berkaitan membabitkan jumlah anggaran baki lebih S$110 juta, untuk siasatan dan mengelakkan kehilangan hasil yang disyaki berunsurkan jenayah.

Hasil rampasan lain termasuk wang tunai dalam mata wang asing berjumlah lebih S$23 juta, lebih 250 beg dan jam tangan mewah, lebih 120 peranti elektronik seperti komputer dan telefon bimbit, lebih 270 barang kemas, dua jongkong emas serta 11 dokumen dengan maklumat pada aset maya.

Seramai 10 individu yang ditahan itu membabitkan warga Cyprus, Turkiye, China, Kemboja dan Ni-Vanuatu.

SPF berkata, seramai 12 individu lain membantu siasatan dan lapan lagi sedang diburu polis. Kesemua suspek dipercayai mempunyai hubungan sesama mereka.

"Siasatan polis sedang dijalankan. Lebih banyak aset mungkin dirampas, akaun bank dibekukan, atau larangan perintah pelupusan dikeluarkan ketika penyiasatan berlangsung," kata SPF. – BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.078275 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list