CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 977|Reply: 0

[Terengganu] Allah 'ambil' Abang Mie, 'diganti' dengan Hakim

[Copy link]
Post time 17-8-2023 01:40 PM | Show all posts |Read mode

FARAH menziarah pusara Wan Mohamad Hakimie bersama anak bongsunya, Wan Mohamad Hakim (Gambar kanan) Gambar kenangan Wan Mohamad Hakimie membasuh barang sebagai persediaan kelahiran adik lelaki yang ditunggu-tunggunya. FOTO Ihsan Farah Elias

Besut: "Allah SWT ambil Hakimie dan 'gantikan' dengan Hakim sebagai penyambung tugas anak lelaki dalam keluarga, namun anak sulung kesayangan saya, Hakimie sentiasa 'hidup' dalam hati kami sekeluarga," kata ibu empat anak, Farah Elias.

Farah, 34, berkongsi kisah dukanya yang kehilangan anak sulung, Wan Mohamad Hakimie Wan Haire, 15, yang terbabit kemalangan jalan raya pada 6.30 petang, 14 Mei lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital pada hari sama.

Beberapa video di TikTok dikongsi Farah termasuk membawa anak bongsu, Wan Mohamad Hakim yang baru berusia dua bulan ke kubur Wan Mohamad Hakimie mendapat perhatian dan sokongan netizen yang turut bersimpati dengannya.

Farah berkata, Wan Mohamad Hakimie yang mesra disapa abang Mie itu sangat teruja menanti kelahiran adik bongsu, malah sudah menyiapkan nama untuk adiknya serta membasuh dan menjemur pakaian bayi yang baru dibeli.

Menurutnya, walaupun sudah mempunyai dua adik, namun keterujaan Wan Mohamad Hakimie lebih berganda kerana kehamilannya kali ini adalah bayi lelaki sementara dua adiknya itu adalah perempuan berusia enam dan 11 tahun.

"Hakimie sangat menyayangi tiga adiknya termasuk bayi yang masih dalam kandungan saya ketika itu tetapi sebagai anak lelaki dia teruja menanti adik ketiganya juga lelaki.

"Hakimie juga yang membasuh dan menjemur pakaian serta barangan bayi, malah dia beberapa kali minta izin memegang dan usap perut saya kerana dia mahu 'rasa' adiknya.

"Malah nama Wan Mohamad Hakim juga dia yang beri kerana katanya namanya Wan Mohamad Hakimie jadi adik lelakinya dinamakan Hakim yang dilahirkan pada 11 Jun lalu selepas hampir sebulan Hakimie 'pergi'," katanya.

Pengusaha kedai dobi itu berkata, mereka sekeluarga reda dengan takdir yang berlaku, namun dia berasa separuh hati dan 'sayapnya' hilang dibawa pergi bersama kehilangan itu, malah masih terasa seperti anaknya masih berada di rumah.

"Hakimie anak yang mendengar kata, penyayang, ringan tulang dan disenangi ramai bukan saja keluarga besar kami, malah rakan serta gurunya di sekolah.

"Sehingga kini suami juga masih setia menziarah kubur anak setiap pagi.

"Saya baru ada kekuatan untuk ziarah kuburnya selepas habis pantang dan turut membawa Wan Mohamad Hakim bersama. Sedih juga sebab arwah Hakimie tak sempat melihat wajah Hakim yang seiras wajahnya ketika bayi dulu.

"Dua adik perempuannya selalu cakap 'abang Mie ada baby (bayi) dalam perut, bila baby sudah keluar abang Mie pula tiada' dan itu membuatkan saya sedih kerana kerinduan itu turut dirasai dua adiknya tetapi kami reda," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... iganti-dengan-hakim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.972330 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list