CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 962|Reply: 0

[Kelantan] Kes demam denggi meningkat 225 peratus

[Copy link]
Post time 17-8-2023 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 17-8-2023 01:44 PM


Kota Bharu: Sebanyak 225 peratus peningkatan dicatatkan berhubung kes demam denggi dengan dua kematian direkodkan sepanjang tahun ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sehingga 12 Ogos, bilangan kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 1,514 kes.

"Jumlah kes pada tahun ini meningkat sebanyak 225 peratus berbanding tempoh yang sama tahun tahun lepas iaitu 479 kes dengan lokaliti hotspot adalah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.

"Kita jangka kes akan terus meningkat kalau langkah proaktif tidak diambil serta tempat pembiakan jentik-jentik tidak dihapuskan.

"Antara faktor lain yang menyumbang adalah perubahan cuaca iaitu hujan serta kemarau dan lebih malang ada dua kematian membabitkan pesakit lelaki," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Dr Zaini berkata, bagaimanapun jumlah kes denggi pada tahun ini adalah lebih rendah berbanding sebelum pandemik Covid-19 iaitu penurunan 50 peratus pada 2020 dengan 3,030 kes manakala penurunan 52.2 peratus (3,191 kes) yang dicatatkan pada 2019.

Menurutnya lagi, kejadian wabak denggi yang dilaporkan sehingga 12 Ogos adalah sebanyak 122 wabak berbanding 26 wabak pada tempoh yang sama tahun 2022.

"Daripada 122 wabak denggi yang dilaporkan, 97 wabak sudah tamat manakala 25 lagi masih aktif dan tiada wabak hotspot iaitu yang berlaku dalam tempoh melebihi 30 hari di Kelantan tahun ini," katanya.


Terdahulu beliau ditemui di perkarangan Wisma Persekutuan negeri Kelantan di sini, selepas melancarkan Sambutan Jalur Gemilang bersama ketua jabatan dan kakitangan Wisma Persekutuan.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Zaini berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah menjalankan pelbagai aktiviti kawalan vektor iaitu pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan
dan pendidikan kesihatan.

"Sebanyak 371,269 premis sudah diperiksa tempat pembiakan aedes dan 1,639 kompaun dengan nilai RM819,500 dikeluarkan kepada pemilik premis sehingga 12 Ogos.

"Pengkompaunan dibuat mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 [Akta 154)," katanya.



  
Dr Zaini Husin pada sidang media ketika hadir sempena sambutan Hari Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.517046 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list