CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1559|Reply: 0

Rusuhan tercetus di timur Pakistan, gereja dibakar susulan dakwaan al-Quran dicemari

[Copy link]
Post time 17-8-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Antara gereja dibakar dalam rusuhan di Pakistan, semalam. - FOTO REUTERS


FAISALABAD: Rusuhan tercetus di timur Pakistan yang menyaksikan sejumlah gereja dibakar dan sebilangan kediaman penduduk Kristian dirosakkan, semalam, selepas segelintir penganut agama itu dituduh bertindak menghina Islam.

Ratusan penunjuk perasaan turun ke kawasan majoriti Kristian di pinggir bandar Faisalabad, susulan tersebar dakwaan bahawa kitab suci al-Quran telah dicemari.

"Kumpulan perusuh terbabit mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan itu, termasuk terhadap sebilangan kediaman penduduk Kristian dan banyak gereja," kata pegawai kerajaan daerah berkenaan, Ahad Noor, kepada AFP.

Pegawai penyelamat dan polis memaklumkan, sekurang-kurang empat gereja dibakar, manakala penduduk mendakwa belasan bangunan berstatus gereja dirosakkan.

Ribuan polis dikerahkan ke kawasan berkenaan dan puluhan orang telah ditahan, kata Menteri Penerangan wilayah Punjab, Amir Mir, dalam satu kenyataan yang turut mengutuk tindakan menghina Islam sebagaimana didakwa.

Rakaman imej dikongsikan dalam media sosial menunjukkan penunjuk perasaan membanjiri jalanan dengan membawa kayu dan batu, selain asap dilihat berkepul dari bangunan gereja.

Satu rakaman video pula memaparkan kumpulan penunjuk perasaan melaungkan tuntutan supaya individu dituduh melakukan perbuatan menghina Islam itu dikenakan hukuman.

Perkongsian dalam media sosial turut menunjukkan sebilangan ulama tempatan menggesa supaya semua umat Islam bersatu dan membantah tindakan biadab mencemarkan kitab suci al-Quran.

Menurut satu laporan polis, pertuduhan akan dikenakan ke atas dua lelaki Kristian yang dilapor melarikan diri dari kawasan berkenaan. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.989598 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list